SJ-13-0546 : Yg Mana Satu Yg Betul? Saad atau Mus'ab?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0546 : Yg Mana Satu Yg Betul? Saad atau Mus'ab?

Assalamualaikum..

Dalam Majalah I, Februari 2009, m/s19, ada menceritakan kisah Saad bin Abi Waqqas dengan ibunya yg mogok lapar. Soalannya saya penah jugak dgr kisah ini diceritakan oleh seorg ustaz. tapi bukanlah nama sahabat ni Saad Bin Abi Waqqas. Tetapi ust ni kata Mus'ab Bin Umair. Yg mana satu yg betul, Saad atau Mus'ab? Atau adakah kedua2 sahabat ni ada berlaku kisah seumpama ini?

SJ-13-0546 : Yg Mana Satu Yg Betul? Saad atau Mus'ab?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Memang kedua-kedua sahabat Nabi :saw ini apabila memeluk agama Islam, menghadapi permasalahan yang sama dengan sikap ibu mereka.

Sa'ad bin Abi Waqas (ÓÚÏ Èä ÃÈí æÞÇÕ ) apabila diketahui oleh ibunya beliau memeluk agama Islam, ibunya telah berusaha sedaya upaya mengajak anaknya meninggalkan Islam. Menemui kegagalan usahanya, beliau telah melakukan mogok lapar. Mogok itu membawa kepada ibunya hampir mati. Mendengar berita itu, Sa'ad telah berjumpa ibunya dan berkata :

ÊÚáãíä æÇááå íÇ Ããøå.. áæ ßÇäÊ áß ãÇÆÉ äÝÓ, ÝÎÑÌÊ äÝÓÇ äÝÓÇ ãÇ ÊÑßÊ Ïíäí åÐÇ áÔíÁ. Ýßáí Çä ÔÆÊ Ãæ áÇ ÊÃßáí
dir="ltr">"Ketahuilah ibuku, demi Allah, jika kamu mempunyai 100 nyawa sekalipun, satu demi satu nyawa pergi, aku tidak akan meninggalkan Agama ini untuk sesuatu. Maka makanlah jika kamu mahu, atau tidak makan "

Mendengar akan pendirian anaknya yang kental, ibunya telah makan dan minum kembali.
---------

Kisah Mus'ab bin Umair (ãÕÚÈ Èä ÚãíÑ ) pula adalah apabila ibu-bapanya mengetahui bahawa anaknya telah memeluk agama Islam, mereka merasakan ini merupakan tamparan yang hebat. Mus'ab telah diperjarakan oleh ibu-bapanya dihujung rumah mereka. Beliau diikat dan dikawal oleh pengawal. Akan tetapi, beliau dengan liciknya telah dapat melepaskan diri, keluar mengikuti rombongan Islam ke Abyssinia.

Sekembali beliau ke Makkah, Ibunya telah berusaha keras mengajak beliau meninggalkan Islam. Beliau masih berkeras, lalu ibunya berkata :

ÇÐåÈ áÔÃäß, áã ÃÚÏ áß ÃãøÇ
dir="ltr">"Pergilah dengan urusan kamu! Aku tidak bersedia menjadi ibu kamu"

Mus'ab menjawab :-

íÇ Ããøå Ãäí áß äÇÕÍ, æÚáíß ÔÝæÞ, ÝÇÔåÏí ÈÃäå áÇ Çáå ÅáÇ Çááå, æÃä ãÍãÏÇ ÚÈÏå æÑÓæáå
dir="ltr">"Ya ibuku, aku menasihatkan kamu, aku amat perihatin dengan kamu, maka bersaksilah bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad aalah hambanya dan Rasulnya"

Ibunya menjawab :

ÞÓãÇ ÈÇáËæÇÞÈ, áÇ ÃÏÎá Ýí Ïíäß, ÝíÒÑì ÈÑÃíí, æíÖÚÝ ÚÞáí
dir="ltr">"Demi bintang, Aku tidak akan masuk kedalam Agama kamu, walaupun pandanganku dicemuh, dan fikiranku lemah"

Maka beliau telah diusir keluar dari rumahnya, meninggalkan kemewahan. Beliau telah meninggalkan pakaian yang cantik2, bau-bauan yang wangi, dan kadang-kala tidak makan berhari2.

Cerita kedua-dua sahabat Nabi :saw sering-kali di campur-adukkan. Walaubagaimana pun, apa yang penting adalah hendaklah kita mengambil istifadah atau pengajaran dari cerita ini; iaitu kekentalan Iman para sahabat dan berlaku baik kepada kedua ibubapa.

Imam Ibn Kathir rh. mengabdikan kisah Sa'ad bin Abi Waqas ra. didalam tafsirannya kepada firman Allah swt :-

æóæóÕøóíúäóÇ ÇáúÅöäúÓóÇäó ÈöæóÇáöÏóíúåö ÍóãóáóÊúåõ Ãõãøõåõ æóåúäðÇ Úóáóì æóåúäò æóÝöÕóÇáõåõ Ýöí ÚóÇãóíúäö Ãóäö ÇÔúßõÑú áöí æóáöæóÇáöÏóíúßó Åöáóíøó ÇáúãóÕöíÑ. æóÅöäú ÌóÇåóÏóÇßó Úóáóì Ãóäú ÊõÔúÑößó Èöí ãóÇ áóíúÓó áóßó Èöåö Úöáúãñ ÝóáóÇ ÊõØöÚúåõãóÇ æóÕóÇÍöÈúåõãóÇ Ýöí ÇáÏøõäúíóÇ ãóÚúÑõæÝðÇ æóÇÊøóÈöÚú ÓóÈöíáó ãóäú ÃóäóÇÈó Åöáóíøó Ëõãøó Åöáóíøó ãóÑúÌöÚõßõãú ÝóÃõäóÈøöÆõßõãú ÈöãóÇ ßõäúÊõãú ÊóÚúãóáõæäó
dir="ltr">"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. " [Surah Luqman : 14-15].

Sekian, wassalam

خيرالأمين