SJ-13-0568 : lengan panjang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0568 : lengan panjang

:salam

Apakah hukum lelaki memakai baju berlengan panjang?adakah ia menyerupai wanita?ini kerana dahulu ana pernah juga memakai baju sukan berlengan panjang kepunyaan adik perempuan ana dan dia pun mengetahui(redha),persoalannya?adakah ana termasuk dalam kategori menyerupai wanita?ia hanya tshirt berlengan panjang sama jenis dengan tshirt yang berlengan pendek,yang bezakan adalah pada lengannya saja..tiada bunga2 yang khusus pada golongan hawa ::?

:salam

Re: lengan panjang

:salam

Secara ringkasnya :

Anda tidaklah dikatakan menyerupai golongan wanita dengan hanya memakai baju berlengan panjang...kalau itulah ukurannya , nescaya lelaki2 yang memakai baju kemeja , baju melayu , jubah dan sebaginya yang berlengan panjang akan dianggap sebagai menyerupai golongan wanita.

Sebahagian ulama menyebutkan , bahawa golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki ialah dikira dari 3 aspek iaitu :

1) Perwatakkan - gaya berjalan , bercakap , makan , minum dan sebagainya yang menyerupai wanita.
2) Pakaian - memakai pakaian khusus golongan wanita.Yang mana dengan sekali pandang sahaja sudah mengetahui bahawa ianya adalah pakaian wanita.
3) Pengubahsuaian kejadian tubuh badan - seperti melakukan pembedahan tertentu untuk memperlihatkan sifat kewanitaan atau kelakian.

Maka , perbuatan saudara yang memakai pakaian sukan berlengan panjang itu tidak dikira menyerupai wanita dan ianya adalah dibolehkan...Wa Allahu A'alam.

:wassalam

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com