salam,
Seperti yang kita semua maklum terdapat hadis yang menunjukkan yang sebelum memasuki dewan solat/masjid hendaklah dimulakan dengan kaki kanan berserta dengan doa tertentu.Jadi soalan saya adakah ada hadis yang shahih mengarahkan kita keluar dari masjid dengan menggunakan kaki kiri?Berdasarkan penjelasan dari ceramah yang saya dengar pengajar mengatakan tiada hadis mengenainya cuma yang ada adalah kaedah yang ditetapkan oleh saidina abu bakr r.a menggunakan kaki kanan utk masuk dan kaki kiri utk keluar dari semua tempat yang baik?Dalam terjemahan shahih bukhari saya membaca yang saidina umar r.a mengatakan bila keluar dari masjid menggunakan kaki kiri.
Jadi minta pihak panel menerangkan berdasarkan sumber hadis shahih berkenaan hal ini?
salam,
Seperti yang kita semua maklum terdapat hadis yang menunjukkan yang sebelum memasuki dewan solat/masjid hendaklah dimulakan dengan kaki kanan berserta dengan doa tertentu.Jadi soalan saya adakah ada hadis yang shahih mengarahkan kita keluar dari masjid dengan menggunakan kaki kiri?Berdasarkan penjelasan dari ceramah yang saya dengar pengajar mengatakan tiada hadis mengenainya cuma yang ada adalah kaedah yang ditetapkan oleh saidina abu bakr r.a menggunakan kaki kanan utk masuk dan kaki kanan utk keluar dari semua tempat yang baik?Dalam terjemahan shahih bukhari saya membaca yang saidina umar r.a mengatakan bila keluar dari masjid menggunakan kaki kiri.
Jadi minta pihak panel menerangkan berdasarkan sumber hadis shahih berkenaan hal ini?
:wassalam
Ssepanjang pencarian, terdapat hadith yang diriwayatkan antaranya oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan daripada jalannya diriwayatkan pula oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Baihaqi yang menyatakan bahawa sebahagian daripada al-sunnah ialah mendahulukan kaki kanan masuk ke dlm masjid dan ketika keluar mendahulukan kaki kiri.
Hadith ini adalah dhaif seperti mana disebut oleh al-Baihaqi menurut kaedah ulama terdahulu iaitu dgn sebab tafarrud syaddad ibn said.
apa yang penting, tidak ada hadith yg benar-benar sahih utk dijadikan dalil bagi menyatakan kita perlu mula masuk ke masjid dgn kaki kanan dan apabila nak keluar, mulakan dgn kaki kiri.
Namun begitu, terdapat bukti bahawa para salaf melakukan perkara itu dan ia disokong dgn kata-kata Ibn Umar (seorang sahabat) sendiri seperti yg disebut oleh al-Bukhari dalam bukunya Sahih al-Bukhari. seterusnya al-Bukhari menyebutkan pula hdith daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW suka memulakan dgn kanan iaitu pada perkara yg baik.
Kesimpulannya, ia adalah satu perkara yang diamalkan oleh salaf terutama sahabat dan ada dalil yg menyokong secara umum.