SJ-14-0064 :Hadith berkenaan Al-Quran sebgi jampi Rasulullah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0064 :Hadith berkenaan Al-Quran sebgi jampi Rasulullah

:salam

Berkaitan ruqyah yang pernah Rasulullah :selawat gunakan, ada rakan kongsikan saya dengan hadith di bawah ini. Boleh tuan jelaskan martabatnya dan periwayatnya? Syukran..

Pertama:

Quote:
'Ubai ibnu Ka'ab pernah berkata: "Ketika aku sedang bersama-sama Nabi s.a.w. seorang badwi telah datang menemui baginda sambil berkata "Wahai Nabi Allah, aku mempunyai saudara yang sedang mengidap penyakit". Apa sakitnya tu tanya Rasulullah. "dia terkena penyakit gila", 'bawa dia kemari'.

Mangsa kemudiannya diletakkan dihadapan baginda s.a.w. lalu baginda menjampi dengan membaca;
Surah al-fatihah, empat ayat permulaan surah Al-Baqarah, dua ayat Al-Baqarah ayat 163 & 164, ayatul Qursi, tiga ayat terakhir surat Al-Baqarah, satu ayat dari surah Al-A'raf (ayat 54), akhir ayat dari surah Al-Mukminun (ayat 115 - 118); satu ayat dari surah Al-Jin (ayat 3), sepuluh ayat dari awal Surah As-Soffat, tiga ayat dari surah Al-Hasyar (ayat 21 - 23); surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

Sesudah itu mangsa itu pulih seperti sediakala seolah-olah tidak terjadi apa-apa ke atasnya.

Al Haithami telah berkata:
"Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Ahmad. Salah seorang perawi hadis bernama Abu Junaab dicop sebagai dhaif disebabkan banyak terlibat dalam masalah tadlis hadis. Namun beliau telah disahkan sebagai orang kepercayaan oleh Ibnu Hibban, dan perawi-perawi yang lain semuanya disahkan sahih".

Kedua:

Quote:
Rasulullah saw pergi ke rumah seorang sahabat untuk menziarahinya. Setelah tiba, beliau mendapati sahabat tersebut sedang membacakan ruqyah kepada seorang pesakit. Setelah selesai, baginda bertanya apa yang dibacakan oleh sahabat tadi. Sahabat memberitahu bahawa dia membacakan al-Mukminun 115-118.



Lantas baginda memperakui ruqyah tersebut dan mengatakan bahawa jika seseorang itu yakin dan membacakan ayat tsbt sedangkan dia berada di atas sebuah gunung, nescaya gunung tersebut akan pecah.

Ada tak hadith sahih lainnya yang menunjukkan bacaan ruqyah Rasulullah :selawat dengan menggunakan ayat Al-Quran?

Jazakallahkhuhairan kathira..

SJ-14-0064 :Hadith berkenaan Al-Quran sebgi jampi Rasulullah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÈÚÏ

Quote:
Pertama:
Quote:
'Ubai ibnu Ka'ab pernah berkata: "Ketika aku sedang bersama-sama Nabi s.a.w. seorang badwi telah datang menemui baginda sambil berkata "Wahai Nabi Allah, aku mempunyai saudara yang sedang mengidap penyakit". Apa sakitnya tu tanya Rasulullah. "dia terkena penyakit gila", 'bawa dia kemari'.

Mangsa kemudiannya diletakkan dihadapan baginda s.a.w. lalu baginda menjampi dengan membaca;
Surah al-fatihah, empat ayat permulaan surah Al-Baqarah, dua ayat Al-Baqarah ayat 163 & 164, ayatul Qursi, tiga ayat terakhir surat Al-Baqarah, satu ayat dari surah Al-A'raf (ayat 54), akhir ayat dari surah Al-Mukminun (ayat 115 - 118); satu ayat dari surah Al-Jin (ayat 3), sepuluh ayat dari awal Surah As-Soffat, tiga ayat dari surah Al-Hasyar (ayat 21 - 23); surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

Sesudah itu mangsa itu pulih seperti sediakala seolah-olah tidak terjadi apa-apa ke atasnya.

Al Haithami telah berkata:
"Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Ahmad. Salah seorang perawi hadis bernama Abu Junaab dicop sebagai dhaif disebabkan banyak terlibat dalam masalah tadlis hadis. Namun beliau telah disahkan sebagai orang kepercayaan oleh Ibnu Hibban, dan perawi-perawi yang lain semuanya disahkan sahih".

TAKHRIJ HADITH:
Diriwayatkan oleh;
-Ahmad dalam Musnadnya 35/106
-al-Hakim dalam Mustadrak 4/458

STATUS HADITH:
-Ada yg mengsahihkan hadis ini seperti: al-Hakim dalam Mutadrak 4/458, katanya: Hadith ini mahfuz dan sahih, tetapi mereka (Bukhari dan Muslim) tidak mengeluarkannya.
walaubagaimanapun, Imam Zahabi dalam Talkhisnya menolak pandangan Hakim, dan katanya: Hadis ini MUNKAR.
-Sebahagian besar muhaddithin yg bercakap tentang hadis ini menDHOIFkannya, seperti:
Imam Zahabi dalam Talkhis.
Al-Haithami dalam Majmak Zawaid 5/115 yg menyebut ada perawi yg dhaif.
Ibn Jauzi dalam Ilal Mutanahiyah 2/882.

Quote:
Kedua:
Quote:
Rasulullah saw pergi ke rumah seorang sahabat untuk menziarahinya. Setelah tiba, beliau mendapati sahabat tersebut sedang membacakan ruqyah kepada seorang pesakit. Setelah selesai, baginda bertanya apa yang dibacakan oleh sahabat tadi. Sahabat memberitahu bahawa dia membacakan al-Mukminun 115-118.

Lantas baginda memperakui ruqyah tersebut dan mengatakan bahawa jika seseorang itu yakin dan membacakan ayat tsbt sedangkan dia berada di atas sebuah gunung, nescaya gunung tersebut akan pecah.

TAKHRIJ HADITH:
diriwayatkan oleh:
-Abu Nuaim dalam Hilyatul Awliya 1/7
-Thabarani dalam kitab al-Dua' m/s 331
-Baihaqi dalam kitab al-Da'awat al-kabir 2/311
-al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 12/312
-Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq 14/40

STATUS HADITH:
di dalam kitab Ithaful Khiyarah al-Maharah , karya al-Busairy, beliau berkata: sanadnya DHAIF.

wallahu A'lam

SJ-14-0064 :Hadith berkenaan Al-Quran sebgi jampi Rasulullah

Quote:
Ada tak hadith sahih lainnya yang menunjukkan bacaan ruqyah Rasulullah dengan menggunakan ayat Al-Quran?

Bismillah
wassolatu wassalam 'ala rasulillah SAW,

Firman Allah (17:82):

æóäõäóÒøöáõ ãöäó ÇáúÞõÑúÂóäö ãóÇ åõæó ÔöÝóÇÁñ æóÑóÍúãóÉñ áöáúãõÄúãöäöíäó æóáóÇ íóÒöíÏõ ÇáÙøóÇáöãöíäó ÅöáøóÇ ÎóÓóÇÑðÇ

"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."

Dan Firman Allah SWT (10:57):

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáäøóÇÓõ ÞóÏú ÌóÇÁÊúßõã ãøóæúÚöÙóÉñ ãøöä ÑøóÈøößõãú æóÔöÝóÇÁ áøöãóÇ Ýöí ÇáÕøõÏõæÑö æóåõÏðì æóÑóÍúãóÉñ áøöáúãõÄúãöäöíäó

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Telah berkata Imam Ibn Qayyim: Al-Quran adalah penawar yang lengkap bagi semua jenis penyakit hati dan penyakit badan, penyakit dunia dan penyakit akhirat. Dan bukan semua orang layak dan berjaya untuk berubat dengan al-Quran. Jika orang mengubati itu menggunakan penawar ini dengan keyakinan dan keimanan, penerimaan yang penuh, iktikad yang kuat serta menepati semua syaratnya, maka tiada penyakit yang dapat mengatasinya.

Bagaimana penyakit mampu untuk mengatasi Kalam Tuhan sekalian bumi dan langit yang jika diturunkan kepada gunung akan berkecai atau diturunkan ke atas bumi akan terbelah?! Tidak ada suatu penyakit hati dan badan melainkan terdapat di dalam Al-Quran dalil yang menunjukkan ubat dan sebabnya. (Zadul Ma3ad: 4/322-323)

Imam Ibn Qayyim menyebut lagi (Zadul Ma3ad: 4/167-169): Ruqyah digunakan adalah untuk menjaga kesihatan dan mengubati penyakit.

Pertama: Menjaga Kesihatan, contohnya ada disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim:

Diriwayatkan dari Aisyah: Setiap kali Rasulullah s.a.w hendak tidur (malam hari) Nabi s.a.w menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bagian tubuhnya. Dimulai dari kepala, wajah, dan bahagian depan tubuhnya. nabi s.a.w melakukannya tiga kali.

Contohnya lagi dalam Sahih Bukhari dan Muslim:

Dari Ibnu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al Baqarah, nescaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."

Kedua: Mengubati penyakit, contohnya ruqyah dengan surah al-Fatihah seperti apa yang disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim:

Diriwayatkan dari Abu Sa'id r.a.: Sebagian para sahabat Nabi s.a.w melakukan perjalanan hingga malam hari mereka tiba di suatu tempat yang menjadi daerah kekuasaan suatu suku Arab. Para sahabat Nabi s.a.w meminta para penduduk untuk memperlakukan mereka sebagai tamu, tetapi mereka menolak. Kepala suku Arab itu digigit seekor ular berbisa dan orang-orang dari suku itu berusaha mengubatinya tetapi sia-sia. Mereka berkata (satu sama lain), 'Tidak ada yang dapat mengubatinya, pergilah kamu menemui orang-orang yang tinggal di daerah ini malam ini, mungkin mereka memiliki ubat penawar racun." Beberapa orang menemui para sahabat nabi s.a.w dan berkata,"Wahai Kafilah pemimpin kami digigit ular berbisa. Kami telah berusaha mengubati semampu, tetapi sia-sia. Apakah kalian memiliki ubatnya?" Salah seorang dari sahabat nabi s.a.w berkata, "Ya, Demi Allah! Aku akan membaca ruqyah untuknya, tetapi kerana kami telah ditolak menjadi tamu kalian aku tidak dapat membacakan ruqyah kecuali apabila kalian memberikan kami upah untuk itu." Mereka setuju membayar dengan sejumlah biri-biri. Kemudian salah seorang sahabat nabi s.a.w pergi (Ke tempat mereka) dan membaca (ayat dari surah AlFatihah): Alhamdulillah Rabbal-alamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), dan menipu tubuh si kepala suku yang seketika tampak sihat kembali, seakan-akan telah terbebas dari semacam ikatan, lalu bangun dan mulai berjalan, tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan, Mereka pun membayar dengan upah yang telah disepakati sebelumnya. Sebagian dari mereka (Para sahabat nabi s.a.w menyarankan agar mereka membagi rata upah itu, tetapi salah seorang dari mereka menolak dan berkata, "jangan dahulu dibagikan sebelum kita bertemu dengan Rasulullah s.a.w , untuk menceritakan apa yang telah kita alami, dan menunggu perintahnya." Maka mereka pun pergi menemui Rasulullah s.a.w setelah mendengar seluruh cerita mereka, Rasulullah s.a.w bersabda, "bagaimana kamu tahu Surah Al-Fatihah dapat dibacakan sebagai ruqyah?" Kemudian nabi s.a.w menambahkan, "Apa yang telah kalian lakukan benar. bagi rata upah kalian, dan berilah aku bagian." sambil mengatakan hal itu Rasulullah s.a.w tersenyum jenaka.

Wallahu a3lam