Dari sumber yg ana dpt, amalan ini tiada sandaran hadis yg sahih.
Mereka yg menyokongnya berdalil dengan hadis berikut:
Hadis 1
"Dari Abu Rafi' ia berkata : Saya pernah melihat Rasulullah s.a.w. membaca azan (seperti azan sembahyang) pada telinga Hussain apabila dia dilahirkan oleh Fatimah." (Riwayat Imam Ahmad)
Hadis ini diriwayatkan juga oleh imam Al-Hakim dan Al-Baihaqi. Imam Abu Daud dan Tirmizi dengan org yg dibacakan azan adalah Hasan, bukan Hussain. Hadis ini disahkan oleh Imam Tirmizi. Kemudia diriwayatkan pula oleh imam Abu Nu'aim dan Tabarani dengan lafaz
"Beliau (Rasulullah s.a.w.) membaca azan pada telinga Hasan dan Hussain r.a."
Masaalah kepada hadis pertama ialah hadis yang diriwayatkan oleh imam2 tersebut melalui jalan 'Ashim bin Ubaidillah, yang dituduh keras oleh Imam Syu'bah sebagai pendusta. Imam Bukhari, Abu Zarah dan Abu Hatim pula berkata bahawa riwayatnya mungkar. Imam Daraquthi berkata riwayatnya tidak boleh diterima sebab kelalaiannya. Imam Ibnu Khuzaimah berkata: Aku tidak suka berdalil dengan riwayatnya kerana ingatannya tidak kuat.
Hadis ini juga dilemahkan oleh Imam Ibnu 'Adi.
Dengan alasan ini tertolaklah hadis ini.
Hadis 2
"Dari Hussain bin Ali bin Abi Tholib, dia berkata : Nabi s.a.w. pernah bersabda : Barangsiapa yang mempunyai anak yang baru dilahirkan, kemudian dibacakan azan pada telinga kanan dan iqamah pada teling kiri, dia tidakakan diganggu Ummu Syibyan." (Riwayat Abu Ya'la)
Imam sayuti telah melemahkan hadis ini dalam kitabnya Al-Jami'ush-Shaghir (juz 2, muka 182)
Kesimpulan yg ana ambil, azan hanya untuk panggilan sembahyang. bukan anak kecil.
Adakah keterangan ini sahih dan kesimpulan yg ana ambil betul?
Minta pencerahan.
al-Jawab:
Kesimpulan yang anda ambil itu adalah betul kerana memberi keadilan kepada ilmu hadith. Tetapi jika masyarakat Islam ingin terus melakukan adalah dibolehkan kerana ia lebih kepada amalan menjampi, cuma ia tidak boleh dikaitkan dgn sunnah memandangkan hadithhadithnya bermasalah. Amalan ini popular (azan pada telinga bayi/baby) dan ahli ilmu tidak membantahnya. Cuma kita kena memberitahu kepada masyarakat umum, ia tidak ada kaitan dgn hadith/sunnah, cuma amalan itu dipandang baik oleh sebahagian fuqaha' sebagai perlindungan tambahan kepada bayi. al-Hafidz Ibn Qayyim menjelaskan demikian dalam kitabnya Tuhfah. sekian