SJ-14-0116 : Takhrij Hadis....

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0116 : Takhrij Hadis....

:salam,

Hadis Imran bin Hussein r.a.,
bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang
lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi
apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri
anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka
anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya."

Mohon Takhrij akan Hadis ini.... :wassalam ::D

SJ-14-0116 : Takhrij Hadis....

:wassalam

al-Jawab:

Hadith itu dikeluarkan oleh Imam Ibn Majah, kitab at-Tibb, no 3522 (KSA edition) dan musnad Ahmad (19495)

Ia dinilai dha'if oleh al-Albani dalam Dha'if Ibn Majah (709)

Larangan itu ialah kerana gelang itu adalah gelang jampi yang masyhur dalam budaya Badwi. Ia ada kaitan dgn unsur syirik dalam perubatan tradisional. sekian