SJ-14-0120 : Hadith Nabi ke?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0120 : Hadith Nabi ke?

:salam

Sabda Nabi S.A.W. "sekiranya Allah tidak menciptakan neraka, nescaya tidak ada seorangpun manusia akan menyembahMu"

Benarkah ini hadith drp Nabi S.A.W. ?

:wassalam

SJ-14-0120 : Hadith Nabi ke?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Diatas kekurangan yang ada, kami tidak menjumpai hadith ini dalam kitab-kitab hadith Nabi :saw. Kami menjumpai bait ini didalam Kitab Imam al-Ghazali yang berjudul Kimiyaai' al-Saadah (ßãíÇÆí ÓÚÇÏÉ ) didalam Bab Mencintai Tuhan dimana dikatakan Allah swt telah berkata kepada Nabi Daud as. didalam Kitab Zabur :

"Jika AKU (Allah) tidak menjadikan Syurga dan Neraka (atau kedua-duanya), nescaya aku tidak layak disembah?"

Disana, tidak tertulis sebarang rujukan kitab mana Imam al-Ghazali pengambilan bait tersebut. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين