SJ-14-0152 : Surah Mu'min ayat 19

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0152 : Surah Mu'min ayat 19

:salam kepada Syeikh sekalian, dan warga al-ahkam,

1. 19. Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.

apa kah yg dimaksudkan oleh ayat ini "pandangan yg khianat"?

2. Mana yg lebih aula apabila kita solat berjemaah, bangun sahaja untuk raaka'at yg seterusnya kita membaca al-fatihah bermula dengan a'uzubillahhiminassyaitonirrajim bismillah, atau ALhamdulillahhirabbil'alamin...

Jazakallahukhairan kathira ya syeik2 yg sudi menjawab untuk ana.

SJ-14-0152 : Surah Mu'min ayat 19

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Firman Allah swt :

íóÚúáóãõ ÎóÇÆöäóÉó ÇáúÃóÚúíõäö æóãóÇ ÊõÎúÝöí ÇáÕøõÏõæÑõ
dir="ltr">"Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. " [surah al-Mu'min / Ghafir : 19]

Imam Ibn Kathir rh menjelaskan bahawa Allah memberitahu kita bahawa pengetahuannya menyeluruh keatas semua perkara, samada besar atau kecil, agar manusia prihatin bahawa Allah mengetahui mengenai mereka dan agar mereka malu dengan Allah swt, lalu mereka akan memberi perhatian walaupun tidak dapat melihatnya. Allah swt mengetahui akan pengkhianatan pandangan mata, walaupun mata tersebut kelihatan tidak bersalah, dan dia mengetahui apa yang tersembunyi didalam hati.

Al-Dahhak menyatakan makna "pengkhianatan pandangan mata" bermaksud satu pandangan atau jelingan, dan seseorang lelaki berkata bahawa dia telah nampak sesuatu akan tetapi sebenar dia tidak melihatnya, atau berkata dia tidak nampak sesuatu, akan tetapi sebenarnya dia telah melihatnya". Ibn Abbas ra. berkata : Allah mengetahui apabila mata memandang kepada sesuatu, samada dia terlibat didalam perbuatan khianat ataupun tidak. [Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir].

Secara ringkasnya, pengkhianatan mata bermaksud memandang kepada sesuatu yang tidak dibenarkan / terlarang; contohnya memandang kepada wanita yang bukan mahram.

خيرالأمين

SJ-14-0152 : Surah Mu'min ayat 19

Didalam Solat berjemaah, jika anda adalah seorang Imam, apabila bangun melakukan rakaat kedua dan seterusnya hendaklah terus membaca surah al-Fatihah tanpa Auzubillah sebagaimana didalam sebuah hadith :-

ßÇä Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÅÐÇ äåÖ Ýí ÇáÑßÚÉ ÇáËÇäíÉ ÇÓÊÝÊÍ È ÇáÍãÏ ááå æáã íÓßÊ
dir="ltr"> “Apabila Nabi :saw bangkit bagi melakukan rakaat kedua, beliau akan memulakan dengan Alhamdulillah dan tidak berdiam (dahulu)” [Di Riwayatkan oleh Imam Muslim secara mu’allaq, diriwayatkan oleh Ibn Hibban didalam Sahihnya, dan Imam Baihaqi didalam Sunan al-Kubra dengan isnad yang sahih].

Makmum akan melakukan perkara yang sama apabila melakukan rakaat ke 3 dan seterusnya. WA.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين