:salam
Dengan kemajuan dan teknologi canggih sekarang, Al-Quran boleh dimuat-turun sepenuhnya di dalam handphone dsbnya. Dari segi kebaikannya, ia boleh dirujuk, dibaca dimana2 sahaja i.e sangat mudah untuk digunakan.
Saya ingin meminta pandangan ahli panel Al-Ahkam mengenai perkara ini, adakah boleh kerana handphone seperti sedia maklum dibawa kemana-mana termasuk ke dalam tandas atau diletakkan dimana-mana termasuk dalam poket seluar. Adakah ini dibolehkan dan tidak menghina Al-Quran itu sendira?
Terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Hukum membawa masuk handphone atau PDA yang mengandungi program al-Quran tidak sama dengan membawa Mushaf atau al-Quran yang dicetak didalam tandas dsb. Data didalam PDA itu berbentuk bit dan byte (bait) dan bukanlah berupa bahan bercetak. Begitu juga dengan keadaan seorang Hafiz yang telah menghafal al-Quran memasuki tandas... Tidak berdosa membawanya didalam tandas, melainkan program al-Quran tersebut di buka didalam tanda, maka hukumnya berdosa.
Berkata Syeikh Abdul Rahman ibn Nasir al-Barraak didalam website Nur al-Islam :-
Sekian, wassalam
خيرالأمين