Buku berdasarkan petikan kata-kata hikmat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan itu disempurnakan pelancarannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh memasukkan bayaran sebanyak RM10 ke akaun Bank Islam (BIMB) 03036020043360 atas nama AHMAD FADHLI BIN SHAARI.
Belanja pos ialah sebanyak RM3 (Semenanjung Malaysia) dan RM5 (Sabah & Sarawak). Selepas bank in sila emel ke ahmadfadhli80@yahoo.com atau ke nombor 0199070868.
Buku Mutiara Kata Nik Aziz dilancar
KOTA BHARU, 20 Ogos: Dalam usaha menyebar luaskan pemikiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena sambutan 20 tahun PAS memerintah Kelantan pada Oktober 2010 di samping mempertingkatkan perjuangan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) telah berjaya menerbitkan buku Himpunan 110 Mutiara Kata Nik Aziz Sepanjang 2010.
Buku berdasarkan petikan kata-kata hikmat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan itu disempurnakan pelancarannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
Ketua Penerangan DPPNK, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata dengan penerbitan bukut tersebut diharap mampu memberi nilai tambah dalam memperteguhkan akidah dan keyakinan ahli dan penyokong PAS umumnya selain memperluaskan penyebaran pemikiran terkini Tuk Guru Nik Aziz yang menjadi ‘ikon’ kepada Pakatan Rakyat.
“Buku itu juga membentangkan isu terkini Tuk Guru mengenai dakwah Islamiah khususnya terhadap non-muslim, dan dalam masa yang sama ‘mempersiapkan’ Pakatan Rakyat untuk menduduki Putrajaya.
“Dalam buku tersebut, pembaca dapat meneliti perkembangan pemikiran Tuk Guru selepas 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan, bahkan selepas tempoh itu kita dapat merasai apa yang Tuk Guru sendiri mahu mewariskan kepada rakyat di negeri ini khasnya dan umat Islam amnya,” katanya yang juga penyusun buku tersebut.
Buku setebal 126 halaman dengan cetakan edisi pertama sebanyak 4,000 unit dan dijual dengan harga RM10 sebuah itu sudah terjual 600 unit pada majlis pelancaran pagi tadi.
Pada majlis yang sama turut dilancarkan buku Program Penghayatan Solat dan Tadarus Al-Quran Pelajar Baru Pasti.
Hadir sama Ketua DPPNK, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28266