em...nak tanye pendapat...bolehkah gune pakai pendapat di bawah...terutama yg diboldkan....harap pihak alahkam dpt memberi penjelasan
mughallazoh (berat) : bagi lelaki hanya lubang dubur dan zakar sahaja manakala bagi perempuan adalah antara pusat dan lutut (boleh tengok eh kat atas nun..!)
mukhaffafah (ringan) : bagi lelaki sekitar aurat mughallazhoh manakala perempuan seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan...
terbuka aurat mukhaffafah tak mengapa... tetapi terbuka aurat mughallazhoh adalah haram dan berdosa..takbiratul ihram..
xperlu sekalikan niat semasa takbiratul ihram
sebab..xde dalil suruhan nabi SAW atau ayat al-Quran mengenai itu...kalau wajib niat beserta dengan takbiratul ihram maka nabi SAW akan sebut sebab a benda penting..fatihah..
cukup dengan bacaan fatihah imam..jika ruang antara amin imam dengan bacaan surahnya panjang dan boleh baca fatihah maka hendaklah baca, jika imam terus sahaja membaca surah maka cukuplah bacaan imam yang menampun semua fatihah makmum di setiap rakaat..
dalil..al-Quran - "iza qurial qur'an fastami3u lahu wa ansitu" jika dibacakan kepadamu al-Quran maka hendaklah kamu mendengarnya dan diam.mengangkat tangan ketika takbir (takbiratul ihram atau takbir intiqalat)..
tidak perlu mengangkat tangan ketika takbiratul ihram dan takbir-2 lain kerana ianya hanya perkara sunat..bukan wajib..kedudukan tangan semasa qiam (membaca fatihah dsb)..
tidak perlu meletakkan tangan di dada atau di atas dada atau di bawah pusat kerana ianya hanya perkara sunat..bukan wajib..membaca tahiyyat..
tidak boleh membaca tahiyyat dengan menambahkan kalimah sayyidina (bidaah nih) kerana Nabi SAW tak mengucap begitu untuk diri baginda sendiri..salam..
tak perlu memalingkan muka ke kanan dan ke kiri kerana ianya perkara sunat..
dan menyapu muka selepas salam adalah bidaah yang sesat..(neraka??)kedudukan jari telunjuk semasa tahiyyat..
tak perlu buat apa-2..cool je..syariat tak menyusahkan untuk menggerakkan jari sebegitu laju..dan ianya perkara sunat..#batal wudhuk..
tidur tak membatalkan wudhuk..tidur hanya "mazhinnah" @kemungkinan kepada keluarnya angin daripada dubur pada pandangan syafieyyah..syariat tak tertegak dengan zhon..
dalil..sahabat-2 nabi SAW yang tidur (lena) berbaring sementara menunggu Isyak di masjid nabawi tidak memperbaharui wudhuk mereka..menyentuh isteri atau mana-2 perempuan sekalipun tak membatalkan wudhuk..dalil "laamastum nisak" bermaksud bersetubuh/jima' bukannya sentuh..
keluar mani tak membatalkan wudhuk..kerana iana asalah asal penciptaan diri insan (istilah- aslul khilqah)..ianya suci bukan najis..
dan keluar mani secara tanpa syahwat maka tak mewajibkan mandi..berkata demikian al-Malikiyyah..tidur tidak membatalkan wudhuk bagi adalah yang soheh bagi al-Hanafiyyah..
kentut tidak membatalkan wudhuk kerana ia bukanlah najis...manakala buang air kecil dan besar, hanya mewajibkan membasuh tempat keluar najis..
memakan daging unta dan sendawa tak membatalkan wudhuk..dalil, nabi SAW pernah terus sahaja bersolat dengan wudhuknya yang lalu tanpa memperbaharu wudhuk selepas memakan daging unta..
menyentuh kemaluan (zakar) menggunakan tapak tangan tanpa berlapik tidak membatalkan wudhuk...dalil, apabila ditanya maka nabi SAW menjawab "ianya sebahagian daripada anggota badanmu.."
Tawaf di Baitullah tanpa wudhuk sah kerana hadis "tawaf adalah seperti solat, kecuali dibenarkan berkata-2..." tak menunjukkan bahawa wudhuk wajib ketika tawaf..
apa lagi?? :lol: ..haa..mari kita campur adukkan semua mazhab dalam satu cara hidup yang MUDAH..kerana syariat ini mudah..bukan menyusahkan..semua nih dah ditarjeh dan adalah merupakan pandangan dalam berbagai-2 mazhab...so..inginkan hidup yang mudah?? ambillah pendapat yang dah ditarjeh di atas..
al-Jawab:
Kita tidak boleh mengambil pendapat seseorang tanpa kita ketahui manhaj fiqihnya dan apakah sandaran dalam fatwa dan pendapatnya. Kebanyakan apa yang dipaparkan itu ialah dalam permasalahan khilafiah yang popular.
Tujuan beliau ialah menggugat amalan-amalan bermadzhab dan bertaqlid dalam masyarakat, tapi cara paparannya akan menakutkan orang yang tiada asas agama. Kita tidak dapat mengulas satu persatu ungkapannya kerana kita telah bahaskan setiap perkara tersebut dalam archive database fiqih kami. Carilah disana untuk memastikan dakwaan beliau menepati AQ dan Sunnah atau sebaliknya. WA