:salam
Bagaimanakah kaedah pentarjihan fatwa di mesia ini?
Apabila berlaku 'pertembungan hukum' cth : hukum najis seluruh anjing dan babi berdasarkan fatwa selangor cth dgn tarjih jumhur bhw yg haram adalah memakannya sahaja,
sebagai rakyat malaysia, bg mengelakkan sensitiviti org melayu .... mana lbh aulawiyat antara memilih fatwa selangor @ tarjih mazahib ?
utk menerangkan bhw hukum haram hanya pd makan sgt susah.... bahkan ade yg mengatakan klu mcm tu... kulit haiwan dll bole la dimanfaatkan ?
mohon penjelasan dr panel sekelian...
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Proses membuat fatwa merupakan tugas sesebuah negeri, dan ia diketuai oleh Mufti. Ada kemungkinan prosesnya berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain, melainkan ia dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Berikut adalah contoh penggubalan Fatwa Negeri Selangor.
Didalam memilih pandangan mana yang rajih, ulama' mengariskan bahawa hendaklah kita mengikuti kepada pandangan mana yang mempunyai kekuatan dalil. Kemudian diikuti oleh pribadi ulama' yang mengeluarkan fatwa tersebut. Penilaian keatas fatwa juga hendaklah dilakukan oleh orang yang berilmu dan adil atau mereka yang berkelayakkan.
Dalam permasalahan khinzir ini, semestilah anda mengikut dalil yang jelas. Kerana dalam permasalahan khinzir, ia tidak boleh di qiaskan dengan kenajisan anjing. Walaubagaimanapun, aplikasinya tidak begitu ketara di Malaysia, terutamanya orang Melayu, jika hendak dibandingkan dengan keadaan diluar negara dimana khinzir juga dihidangkan menggunakan pinggan yang sama.
Isu boleh atau tidak kulit khizir dimunafaatkan merupakan persoalan hukum yang berlainan. Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa kulit binatang yang halal di makan (seperti lembu, kambing, arnab dsb) adalah SUCI, samada ianya melalui proses tanning atau pun tidak.
Bagi binatang yang dagingnya haram dimakan (seperti anjing, harimau, dsb) samada disembelih atau tidak, kulitnya melalui proses tanning atau tidak, kulit tersebut masih TIDAK SUCI menurut pandangan yang rajih ulama' [Liqa'al-Bab al-Maftuh, ibn Utsaimin, 52/39]. Kategori ini termasuklah khinzir, dimana kulitnya masih najis dan tidak boleh dimunafaatkan, menurut Ibn Utsaimin rh. WA
Sekian, wassalam
خيرالأمين