SJ-15-0014 : SUfi..apa tuh?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0014 : SUfi..apa tuh?

Assalamualaikum...

Bleh terangkan secara terperinci berserta dalil berkaitan dengan SUFI?
Adakah Syeikh Abdul Kadir Jailani tu Wali Sufi?
Adekah perbezaan antara Sunnah dan Sufi?

Wassalam.

SJ-15-0014 : SUfi..apa tuh?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
Bleh terangkan secara terperinci berserta dalil berkaitan dengan SUFI?

asal perkataan SUFI:
Banyak pendapat, antaranya:
-dari ÕæÝ iaitu kulit binatang. Menggambarkan kezuhudan daripada dunia.
-dari ÕæÝÉ iaitu satu Qabilah Arab yang mendiami berhampiran Baitullah.
-dari suffah, iaitu yang tinggal berdekatan dengan masjid Nabi.
-dari ÕÝÇÁ iaitu jernih.
-dari ÕÝæÉ iaitu: pilihan.
-dari ÇáÕÝ iaitu saf hadapan di hadapan Allah.

Dari semua pendapat itu, yang paling betul dengan Lugah Arabiyyah ialah: yang pertama. (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 11/7).

Ahli Sufi telah lama wujud, dan ia terserlah semasa zaman tabien dan bermula di Basrah. Mereka adalah golongan yang zuhud pada perkara dunia, dan bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada Allah. Dan cerita-cerita ibadah mereka sangat masyhur, hatta kalangan mereka ada yang mati ketika membaca sepotong ayat Quran.

Pendirian terhadap ahli sufi:
- Ada mereka yang sangat-sangat anti kepada sufi, dan menyamakan dengan ajaran kristian.
Ada kumpulan yang terlalu memuja kumpulan ini dan kata: merekalah hamba Allah yang paling mulia selepas para Nabi.
Yang haq ialah: kumpulan sufi ini berijtihad dalam ibadah mereka. Mana-mana amalan mereka yang menepati dasar-dasar syariat (Quran dan Sunnah) adalah suatu yang patut dicontohi. Manakala mana-mana amalan yang terkeluar daripada landasan syariat, mestilah ditinggalkan.

Cuma, jalan yg dilalui oleh sufi terkemudian, amat berbeza dengan mereka yg dinisbahkan kepada sufi pada zaman awal spt: Ibrahim bin Adham, Junaid Baghdadiy, dan Fudhail b Iyadh. (Risalah Tasauf oleh Soleh Fauzan).

Kerana tasauf terkemudian banyak dicampuri dengan bidaah spt:
- mereka bentuk2 ibadah tidak bersandarkan Quran Sunnah
- Ghuluw kepada para wali, dan syeikh
- Mencampuri ibadah dengan laungan2 nyanyian, tarian
- Mendakwa harus terkecuali dari taklif, jika sampai kepada maqam keyakinan

Oleh itu, kumpulan sufi mestilah memperkayakan diri dengan ilmu syarak. Dalami ilmu Quran, Sunnah, Feqah dll. Dan jangan memandang rendah terhadap ilmu-ilmu ini, dan hanya mendalami ilmu suluk sahaja.
Ibn Qayyim dalam Madarij al-Salikin menyebut kata-kata ulama: Jika kamu melihat ahli sufi yang mempertikaikan ilmu syarak, maka tohmahlah dia pada Islamnya.

Wallahu Yahdi Ila Sawa' al-Sabil.

Quote:
Adakah Syeikh Abdul Kadir Jailani tu Wali Sufi?

-Syeikh Abdul Qadir adalah seorang imam ahli sunnah pada zamannya, yang terkenal dngan keilmuan, kezuhudan, dan kewarakan.
-Beliau seorang yang sangat berkesan dalam menyampaikan tazkirah dan pengajian. Ramai yang bertaubat di majlis2 pengajiannya.
-Beliau juga antara yang kuat berpegang kepada Quran dan Sunnah, dan menyeru kepada iltizam dengan keduanya.
-Tetapi beliau bukan maksum, ada beberapa kesilapan di dalam tulisannya sebagaimana ulama lain melakukan kesilapan. Namun kesilapan2 itu tenggelam dalam lautan ilmu beliau.
-PENTING: Banyak pendustaan yang dilakukan oleh pengikut Tarikat Qadiriyyah terhadap beliau. Antaranya qasidah2 yg mengandungi kalam syirik yg dinisbahkan kepada beliau. Kita mesti iktiqad, syiekh Abd Qadir berlepas diri daripada segala pendustaan mereka, sebagaimana serigala berlepas diri daripada darah palsu yg dibuat oleh saudara Yusuf a.s.

Lihat: Al-Syeikh Abdul Qadir al-Jilani; Pendapatnya berkaitan Aqidah dan Tasauf. Karangan: Dr Said al-Qahtaniy.

Kesimpulan: Syeikh Abdul Qadir adalah seorang imam. Dan beliau bersifat dengan sifat para auliya Allah Taala. Namun bukan tugas kita nak tentukan: dia ni wali Allah, dia ni bukan wali Allah. Wali Allah ialah mereka yang beriman dan bertaqwa. Lihat surah Yunus: 62-64.

Quote:
Adekah perbezaan antara Sunnah dan Sufi?

Sufi tidak boleh dikatakan berlawanan, atau tidak berlawanan dengan Sunnah. Kerana, sunnah lawannya adalah bidaah.
Manakala sufi seperti yg dinyatakan lalu, satu bentuk cara hidup yang melebihkan akhirat dari dunia, banyak ibadah, dan zuhud. Mana-mana yang bertepatan dengan ajaran syarak, maka kita katakan: sufi yang mengikut sunnah . Mana-mana yang bercanggah dengan sunnah, kita katakan: sufi yang tidak mengikut sunnah.

Wallahu A'lam.