SJ-16-0003 : nilai wang mencuri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0003 : nilai wang mencuri

:salam

mencuri termasuk dlm hukum hudud namun berapakah nilai wang yg dikategorikan sebagai layak dilaksankan hukuman hudud kpd si pencuri ?

klu boleh dlm nilai wang negara malaysia

syukran....

SJ-16-0003 : nilai wang mencuri

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad:

ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó: ÇÞúØóÚõæÇ Ýöí ÑõÈõÚö ÇáÏøöíäóÇÑö æóáóÇ ÊóÞúØóÚõæÇ ÝöíãóÇ åõæó ÃóÏúäóì ãöäú Ðóáößó

Maksudnya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu memotong (tangan pencuri) pada 1/4 dinar dan janganlah kamu memotong jika kurang dari kadar tersebut.

(H.R Ahmad & Baihaqi - Hadis disahihkan oleh: Albani & Syuaib Arnaouth)

Dinar dalam hadis tersebut ialah duit emas yang kadarnya pada zaman sekarang - lebih kurang - 4.25 gram emas. Maka kadar 1/4 dinar = 1.0625 gram emas.

Harga semasa satu gram emas di Malaysia sekarang ialah RM 79 per gram. Maka nilai yang boleh dilaksanakan hudud ialah lebih kurang RM 83.94

* Kadar satu dinar = 4.25 gram emas diambil dari kajian Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi - hafizahullah - dalam kitabnya Fiqh Zakat.

Wallahu a3lam