Ana ada beli VCD Sifat Solat Nabi, apa hukumnya kalau ana buat copy dan edarkan secara percuma kepada sahabat2 untuk tujuan dakwah? Adakah ini termasuk dalam kategori cetak rompak?
Soalan tersebut telah pun di jawab oleh Al-Fadhil Syaikh Hj Kamin seperti dibawah :
Quote:
Agama Islam menjaga hak pribadi seeorang dan juga hak umum. Kita tidak dibenarkan mengeksploitasi mana-mana bahagian dari usaha mereka-mereka ini tanpa meminta izin dari pihak yang berkenaan dahulu. Penjagaan hak yang dimaksudkan disini ialah, melindungi penulis dan penerbit dari sebarang kes-kes plagiat dan cetak rompak dan mengambil keuntungan dari penjualan tersebut.
Memang benar semua ilmu itu dari Allah swt, dan ia tidak bermakna kita boleh mengambil hak orang lain; contohnya mengambil tanpa izin buku di pejabat atau diperpustakaan atas alasan ilmu itu milik Allah. Apa yang dibenarkan ialah kita meminjam bahan tersebut mengikut prosedurnya. Begitulah juga dengan membuat salinan buku (photo copy), salinan CD, VCD yang digunakan secara persendirian untuk menimba ilmu, maka Islam tidak melarang perbuatan yang sedemikian. Malahan, ada juga penulis-penulis yang mengumumkan bahawa boleh buat salinan dan diedarkan dengan tujuan menyebar ilmu.
Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh (bekas mufti besar Arab Saudi thn 2000) :-
Ýí åÐå ÇáãÓÃáÉ ãÇ íáí íõÊÈÚ ÝíåÇ ãÇ ÌÑì Èå ÇáÚõÑÝ ¡ Çááåã ÅáÇ ÔÎÕ íÑíÏ Ãä íäÓÎåÇ áäÝÓå æáã íäÕø ÇáÐí ßÊÈåÇ ÃæáÇð Úáì ãäÚ ÇáäÓÎ ÇáÎÇÕ æÇáÚÇã ÝÃÑÌæ Ãä áÇ íßæä Èå ÈÃÓ ¡ ÃãÇ ÅÐ äÕø ÇáÔÎÕ ÇáÐí ßÊÈåÇ ÃæáÇð Úáì ÇáãäÚ ÇáÎÇÕø æÇáÚÇãø ÝáÇ íÌæÒ ãØáÞÇ
"Didalam masalah ini, apa sahaja kepunyaan seseorang itu adalah kepunyaannya (haknya), melainkan jika pengguna itu ingin menyalinkannya untuk tujuan sendiri atau pemegang hakcipta tidak melarang perisiannya disalin bagi tujuan pribadi atau umum. Walaubagaimana pun jika pemegang hakcipta menyatakan secara khusus syarat-syaratnya, iaitu melarang penyalinan bagi tujuan pribadi atau umum, maka tidaklah dibenarkan secara mu"
Ibn Utsaimin menyatakan bahawa menyalin bagi kegunaan pribadi tidaklah mengapa, akan tetapi jika penulis atau penerbit itu sendiri menyatakan bahan tersebut tidak boleh disalin untuk kegunaan pribadi sekalipun, maka pada masa itu perbuatan menyalin adalah dilarang sama sekali.
Akan tetapi, jika melakukan salinan atau photo copy bagi tujuan jualan, maka ini adalah dilarang. Menurut Sheikh Sa’d al-Humayd :
äÓÎ ßÊÇÈ Ãæ ÞÑÕ ÈÛÑÖ ÇáãÊÇÌÑÉ æãÖÇÑøÉ ÕÇÍÈå ÇáÃÕáí áÇ íÌæÒ . ÃãÇ ÅÐÇ äÓÎ ÇáÅäÓÇä äÓÎÉ æÇÍÏÉ áäÝÓå ÝäÑÌæ ÃáÇ íßæä ÈÐáß ÈÃÓ ¡ æÊÑßå Ãæáì æÃÍÓä .
"Melakukan foto copy keatas buku atau menyalin cakera bagi tujuan menjual atau menguris hak pengarang asal tidaklah dibenarkan. Akan tetapi membuat satu salinan untuk kegunaan sendiri, maka kami harap ia tidaklah mengapa, walaupun adalah lebih baik meninggalkannya".
Kesimpulannya : menyalin buku bagi tujuan persendirian dan bukan komersial dibenarkan, melainkan penulis atau penerbit tersebut menyatakan tidak boleh langsung menyalin buku tersebut. WA.
---------------------
Beikut adalah beberapa link yang boleh dimunafaatkan bersama :-
Bismillahi wal hamdulillah ,
Al-Jawab :
Soalan tersebut telah pun di jawab oleh Al-Fadhil Syaikh Hj Kamin seperti dibawah :
WA
Rujuk : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=30107&sid=8a23ded07598999a1fc39b11d2741b42
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com