SJ-1635: Pinjaman pelajaran.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1635: Pinjaman pelajaran.

Assalamu'alaikum...
Bagaimanakah kedudukan pinjaman pelajaran yang terlibat dengan interest? Sebagai contoh...pinjaman dibuat RM7000.00 kemudian sign kontrak bayar RM9000.00. Terima kasih....

Re: SJ-1635: Pinjaman pelajaran.

Jawab:

Pinjaman yg mengenakan interest itulah yg dimaksudkan oleh Islam sebagai urusniaga ribawiyah. Pinjaman wang yg mengenakan interest diistilahkan sebagai riba nasi'ah (penalti atau wang tambahan yg dikenakan kerana kelambatan membayar balik hutang). Pinjaman pelajaran secara ribawiyah adalah antara riba yg buruk dan jelik kerana urusan pelajaran dan jalan mendapatkan ilmu hendaklah bersih dan suci kerana ilmu itu sesuatu yg mulia dan suci. Allahu a'alam