JAIS Anjur Seminar Beri Penjelasan Tentang Ajaran Sesat Syiah
SHAH ALAM, 25 Mei (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengadakan seminar dari semasa ke semasa untuk menjelaskan kepada orang awam tentang ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kata Pengarahnya Marzuki Hussin.
Seminar itu akan diadakan pada 1 Jun ini, katanya pada persidangan media Rabu mengenai tangkapan empat pemimpin Syiah di Gombak petang semalam.
Beliau berkata empat pemimpin Syiah itu telah dibebaskan hari ini dengan jaminan JAIS.
Muhd Kamilzuhairi Abdul Aziz, 45, Radin Ahmad Faizul Radin Mohamad Hambali, 39, Syed Mohd Syafik Syed Hussin, 37 dan Mohd Asyraf Ahmad, 26, akan disiasat mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana melanggar fatwa yang dikeluarkan mufti pada September 1998.
Kerajaan Selangor menfatwakan ajaran itu sebagai sesat, antaranya kerana menghalalkan nikah secara mutaah (kontrak).
Jika sabit kesalahan mereka akan dikenakan denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
JAIS dengan bantuan polis dan Majlis Perbandaran Selayang menahan empat pemimpin ajaran Syiah petang semalam semasa mereka menganjurkan majlis bertemakan "Wanita dalam Penyelesaian Masalah Global dan Pencapaian Keamanan Sejagat" yang dipercayai turut menyebarkan ajaran Syiah dengan memperingati ulang tahun kelahiran Saidatina Fatimah Az-Zahra. [BERNAMA]
Bahan tambahan:
Video penjelasan tentang Siapakah Syiah!
Benteras Aliran Sesat: Mujur Ada Majlis Agama.. Jabatan Agama Islam
{youtube}U47SJK9NlIY{/youtube}
Apakah Syiah satu mazhab?
{youtube}pqbPEI0w-2k{/youtube}
Taqiyah: Berbohong atas nama agama
{youtube}lYbMww9v1Wg{/youtube}
Antara Khomeini dan Salman Rusydie
{youtube}b9tboo67gWQ{/youtube}
[Muzakarah Ulama] Syiah: Kesannya Terhadap Masa Depan Islam Serantau
{youtube}E5YVp6L7inQ{/youtube}
Seminar Syiah Satu Pembohongan
{youtube}IvFI_1ksS5A{/youtube}