Assalamualaikum....
Adakah boleh berkongsi air minuman satu gelas atau satu straw dengan kawan perempuan (bukan muhrim) ? Pasal ada ustaz mengatakan tidak mengapa kerana air liur bukan aurat kalu tak silap saya lah. Mungkin soalan pernah ditanya tapi saya mencarinya tapi tak jumpa. Minta tolong kalau boleh jawab kembali.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-1639: Kongsi air minuman
Primary tabs
Wed, 03/07/2002 - 3:34pm
#1
SJ-1639: Kongsi air minuman
Jawab:
Isu di sini bukan hukum feqah air liur perempuan itu najis atau aurat, tapi dilihat dari sudut akhlak Islam. Ini kerana perbuatan berkongsi air minuman dengan anak dara orang tanpa terlebih dahulu berkahwin adalah suatu yg tertolak. Jika dah kahwin, bukan setakat berkongsi air liur, malah anda boleh menikmati batang tubuhnya. Jika belum kahwin, usahkan nak kongsi air liurnya, nak pandang pun ditegah. Jika ada ustaz yg berkata air liur anak dara itu bukan aurat, maka lucutkanlah title ustaznya itu. Allahu a'alam