SJ-1647: Marriage

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1647: Marriage

Assallamualaikum,
Adalah menjadi adat serta adap org. Melayu untuk menjalankan "arranged marriages" atas dasar ingin berbesan, kenalan keluarga dsb. Namun apa yang mengecewakan adalah kekeliruan umat Islam melayu bahawa menentukan jodoh terutamanya kaum wanita yang menjadi mangsa. Ada beberapa prinsip Syafi'iy yang saya rasa mereka lupa untuk pegang dalam hal ini.
1. Pertamanya kekeliruan mengenai hadis Rasullulah menganjurkkan umatnya untuk memilih rupa, keturunan, kesihatan dsb, tetapi yang mempunyai agama hendaklah diutamakan. Kelirunya adalah anjuran sebenar Hadith adalah untuk melihat secara keseluruhan, yang dirisik hendaklah dari segala segi cthnya yang kaya dipadankan dengan yang miskin mesti ada ketidaksesuaiannya; jadi jika anak orang kaya dibesarkan dengan cara orang yang kaya jadi besar kemungkinan elok dipadankan dengan yang kaya juga tetapi jika keadaan individu itu agamanya kuat insyallah semua dugaan di alam perkahwinan dapat diatasi insyaAllah, bukan sebaliknya dimana trend melihat pangkat, social standing serta harta besan untuk anaknya atau bakal menantunya walaupun dia sendiri datang dari middle class.
2. Kesilapan tafsiran saranan Syafi' dimana jodoh boleh ditentukan oleh ayah bagi wanita dan kemudian ayah kepada ayahnya jika ayahnya dah tiada, selain daripadanya hanyalah penjaga semata-mata dan consent dari si wanita adalah diperlukkan. Menurut pendapat Imam Besar yang lain pula menekankkan consent, tanpanya maka dengan prinsip Ihsan sesama manusia hendaklah diselidiki kehendak and preferences si wanita sebelum menyarankannya.
3. Sesuai dengan keadaan sekarang dimana wanita bekerja, independent dan have a modernized frame of thinking, maka timbullah perbezaan yang besar dari segi aspirasi, gaya hidup and corak kehidupan. Maka timbullah pendapat Qardawi dalam keadaan ini si wanita perlu diberi peluang memilih jodohnya sendiri. Sukacita jika dapat dihuraikkan. Terima kasih

Re: SJ-1647: Marriage

Jawab:

Nampaknya penyelidikan anda dalam hal ini sudah meluas, hingga menyentuh mengenai pendapat Syafi'iy. fuqaha'2 dari madzhab lain dan hatta kepada pendapat Qardhawi (sudah tentu dalam Fatawa Mu'asirat barangkali), maka kenapa anda tidak sahaja merumuskan apakah pendapat yg rajih dalam hal ini?
Kami berpendapat fatwa fuqaha' dalam urusan menjodohkan anak gadis mereka banyak dipengaruhi oleh para mufti di zaman itu, keadaan realiti semasa dan budaya dan cara hidup masyarakat di masa itu.
Manakala penentuan jodoh di zaman kita, sudah tentulah pendapat Qardhawi lebih releven sebab dia hidup di zaman kita dan menyaksikan perubahan2 yg drastik dan ketara dalam gaya hidup manusia akhir zaman ini.
Wbmnp cara menentukan jodoh anak-anak kita baik pria dan gadis, boleh saja ditentukan dengan apa jua cara yg memenuhi perintah Allah swt dalam surah arRum: 21 (..supaya kamu cenderung dan tenteram kepadanya (pasangan masing2)...) perasaan cenderung dan tenteram baik dari sebelah pria dan gadis bisa tercapai secara arrange marriage atau secara pilihan sendiri. Cara itu tidak ditentukan oleh syara', terpulang kepada realiti dan ataua apa yg terbaik untuk mereka yg akan berkahwin. Kemuncak dari itu ialah HR atTabarani," biarkanlah wanita menentukan dirinya sendiri.." alQardhawi lebih cenderung kepada pendapat fuqaha' Hanafi yg memberi kebebasan yg meluas kepada wanita/janda/gadis dalam menentukan masa depan mereka dalam menentukan bakal suaminya tanpa boleh dipaksa-paksa. Adapun ibubapa memilih pasangan untuk anak gadisnya pun baik juga terutama di zaman dulu di mana orang perempuan tidak banyak peluang keluar ke dalam masyarakat seperti sekarang. (Fatwa Mu'asirat; Tuhfatul Aris wal urus, Adabul Zifaf) Allahu a'alam