Oleh zain-ys
Imam Muslim di dalam kitab sahihnya pada Bab had Kerana Meminum Arak menyenaraikan lebih kurang 4 buah hadis.
Intisarinya ialah:
1. Pada zaman Rasulullah s.a.w. pesalah kerana meminum arak disebat 40 sebatan dengan pelepah tamar atau dengan capal.
2. Pada zaman Abu Bakar, 40 sebatan
3. Pada zaman Umar, 80 sebatan
4. Pada zaman Uthman. 40 sebatan di mana Ali mengatakan semuanya sunnah, namun 40 sebatan itulah yang lebih disukainya.
Telah ijmak kaum muslimin:
- Minum arak itu haram
- Hukumannya adalah had
- Pesalahnya tidak sampai dihukum bunuh
Pendapat imam-imam tentang kadar hukuman had bagi kesalahan meminum arak:
Al-Syafi'i, Abu Tsaur, Daud Zahiri dan selainnya: 40 sebatan
Malik, Abu Hanifah, Auza'i, Tsauri, Ahmad dan Ishaq: 80 Sebatan
Video: