Assalamualaikum...
Saya baru sahaja terdengar tentang satu lagi jenis mandi wajib yang bernama mandi Wiladah. Bolehkan diterangkan hukum melakukan mandi ini dan bilakah masanya ianya dilakukan. adakah terdapat nas atau hadis yang jelas yang menerangkan hukum mandi Wiladah ini.
Sekian.
Wassalam.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ- 1697: [U] Mandi Wiladah
Primary tabs
Mon, 29/07/2002 - 5:49pm
#1
SJ- 1697: [U] Mandi Wiladah
Jawab:
[U] = ulangan
Wiladah maksudnya bersalin. Maksudnya mana-mana perempuan yg bersalin secara tidak normal, misalnya keguguran , Ceaserian operation atau bersalin tanpa mengeluarkan darah, maka dikehendaki mandi wiladah. Mengambil makfhum umum dari hadis mengenai suruhan Nabi supaya mandi selepas kering darah nifas. Fatwa Resmi Mufti Brunei, Irsyad Hukum 2000. Allahu a'alam