SJ-1715: [U] Wuduk-Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1715: [U] Wuduk-Solat

Assalamualaikum. ahli-ahli panel yang dihormati

1.Adakah batal wuduk wanita muslim bersentuhan kulit dengan : a. kanak-kanak lelaki muslim yang mumayyiz b. kanak-kanak lelaki mumayyiz bukan islam c. wanita bukan islam

2.Adakah batal solat jika sengaja duduk semula tahiyyat awal selepas tersilap bangun kerana menyangka rakaat keempat?

Re: SJ-1715: [U] Wuduk-Solat

Jawab:

[U] = Ulangan

1. Isu sentuhan kulit dan batalnya wudhu' telah dibahaskan dengan terperinci sebelum ini. Kami mengesyorkan pendapat Syafi'iyah ini wajar ditinggalkan kerana pendapat jumhur lebih kuat (rajih), yakni tidak batal dengan sentuhan kulit. Jika anda masih ingin beramal dengan pendapat Syafi'iy, inilah hukum yg ditanya:
1. a & b) Tidak batal sentuhan terhadap kanak-kanak baik muslim atau non-muslim jika kanak-kanak itu bila dipandang tidak mendatangkan ghairah. Ia bukan diukur dari faktur umur. (Fiqh Islami wa Adillatuh)
1 c) Tidak batal sebab ayat anNisaa': 43 jelas menyebut kalimah wanita (atau kamu menyentuh wanita), maka wanita Islam menyentuh wanita kafirah tidak batal. (ibid)

2. Tatacara sebenar jika berlaku di masa depan:
HR Ahmad, Ibn Majah dan Abu Daud dari alMughirah bin Syu'bah ra (Nailool Awthor, 3/146) ialah jika masih belum tegak atau sempurna berdiri, maka boleh duduk kembali; jika sudah berdiri sempurna, tidak boleh duduk kembali, melainkan teruskan solat dan disudahi dengan sujud sahwi." (Syurbasi, Yasalunak)