SJ- 1774: pakaian labuh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ- 1774: pakaian labuh

Adakah maksud hadith yg menyatakan solat orang yang labuh pakaiannya tidak diterima itu bermaksud tidak boleh melabuhkan kain/seluar ketika solat? Atau ianya sekadar kiasan supaya tidak bermegah/riak/takbur di dlm solat?

Sesetengah Ustaz mengambil syarah hadith ini menyatakan memang tidak boleh melabuhkan pakaian lebih dari buku lali.

Manakala ada pendapat lain yg menyatakan ianya hanya sekadar kiasan takbur dan sombong.

Manakah pendapat yg benar?

Re: SJ- 1774: pakaian labuh

Jawab:
Mari kita lihat dalilnya:
HR Bukhari-Muslim, satu dari Ibn Umar dan satu lagi dari Abu Hurairah ra. Kedua-dua hadis itu ada secara jelas menyebut," mengheret kain kerana sombong."
Imam Syawkani (Nailool Awthor 2/111) melabuhkan isbal (hujung kain) dengan tujuan kesombongan itulah yg haram. Jika bukan untuk tujuan itu maka dibolehkan. Dalam erti kata, sunnah berpakaian ialah tidak melabuhkan hujungnya. Syafi'ah: pendapat yg asah dalam madzhab ini ialah makruh melabuhkan kain. (Raudhah Nadhiah 2/216)
P/N: pakaian yg labuh dan mengheret bumi ini adalah pakaian bangsawan di zaman silam dan hari ini tidak ujud lagi. Allahu a'alam