SJ-1789: Ahli Kitab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1789: Ahli Kitab

Assalamualaikum,

Terima Kasih atas jawapan tuan, lanjutan dairpada diskusi ini, persoalannya adakah dari sudut dakwah serta akidah seseorang ahli kitab itu perlu mengikut Al-Quran setelah diturunkan dan mengikut ayat-ayat yang ditujukkan kepada Ahli Kitab untuk mengubah akidah mereka kepada Jalan yg Lurus kembali kepada syariat Islam jadi persoalannya adakah perlu didakwah sedemikian dan memberi tahu tanpa perubahan tersebut bererti mereka telah membelakangkan Allah. Yakni message dakwah kita adalah jika mereka ingin stay dengan akidah lama yang sesat terpulanglah tetapi waspadalah message serta sign dari Allah telah sampai dari umat Islam. Maksud saya, apakah membiarkan mereka terus cuba mensyiarkan Trininity, Dualisme, Gospel dsb patut, atau hendaklah kita syiarkan bahawa konsep itu salah-sesalahnya. Sebabnya pihak Pope dan Vatican cuba menyebarkan peace, brotherhood among monothesim dan islam itu membenarkan existence mereka di mata dunia dan banyak pihak terpengaruh dengan approach mereka ini. Minta pandangan pihak tuan.

Re: SJ-1789: Ahli Kitab-Part 4


Jawab:
Kekeliruan yg berlarutan dalam isu ahlil Kitab ini sudah disimpulkan dalam kitab anNasikh wal Mansukh oleh Imam Abu Ja'afar anNakhas (wafat 338H) berikutan turunnya ayat "Tiada paksaan dalam agama" (AQ 2: 256):
Pendapat pertama: ayat ini telah dimansukhkan (dihapuskan) kerana Nabi saw telah memaksa suluruh penduduk Arab masuk Islam dan memerangi mereka yg belum Islam
Pendapat kedua:
ayat ini tidak mansukh tapi khusus diturunkan kepada Yahudi dan Nasrani (ahlil kitab) bahawa mereka tidak dipaksa menerima Islam dengan syarat mereka membayar jizyah (cukai kepala)
Pendapat ketiga: pendapat Ibn Abbas ra, bahawa ayat ini tidak mansukh dan is khusus diturunkan kepada ahlil Kitab bahawa mereka tidak dipaksa memeluk Islam dan tidak boleh memerangi mereka jika mereka enggan.
Jika anda berpegang pada pendapat pertama, maka anda akan memerangi ahlil kitab hingga mereka beriman dan jadilah Islam itu agama pedang.
Menurut Syaikh Jamil Zainu (Tanbihat) pendapat Ibn Abbas ra itulah yg paling sahih dan begitu juga pendapat kedua.
Isu kedua: apakah kita dapat menghalang pertumbuhan agama Kristian? Kita boleh berbuat demikian dalam negara Islam, tapi apa yg boleh kita buat pada peringkat global? Agama yg bersifat missionary hanya dua: Islam dan Kristianity. Kristian mengungguli Islam dari segi jumlah pemeluk (sekali ganda dari kita), mereka juga unggul dari segi pengurusan dan dana. Berita baik dalam isu ini ialah kita adalah agama yg paling pantas berkembang di Eropah dan USA. Peristiwa serangan 11 September, merupakan set-back sementara kepada imej Islam buat masa ini.
Isu ketiga: Dialog antara agama termasuk Kristian dan membina hubungan baik dengan Vatican itu tidak salah bahkan itulah ruh alQur'an yg memanggil mereka dengan panggilan mesra ahlil kitab dan menghalalkan sembelihan dan menikahi wanita mereka yg masih suci. Inilah saranan alQur'an jika kita ingin berdialog dgn mereka: alAnkabut: 46 (Dan janganlah kamu dialog dgn ahlil kitab melainkan dgn cara yg paling baik..) Allahu a'alam