Assalamu'alaikum Ustaz & Ahli Panel sekelian.
Alhamdulillah, dan terima kasih atas jawapan yang jelas bagi 2 soalan sebelum ini.
Namun ingin dilanjutkan sedikit berkenaan Nazar & Sumpah.
Berdasarkan soalan ke-4 saya dalam soalan sebelum ini iaitu:
"Bagaimana kalau kita pernah menyebut, "aku bersumpah & bernazar atas nama mu ya Allah, insyaAllah atas setiap permintaan ku yang termakbul aku akan berpuasa selama......... ".
Yang mana jawapan yang diberikan oleh pihak Al-Ahqam, hukumnya MAKRUH
Soalannya di sini: Sekiranya kita telah melakukan nazar seperti itu. Perlukah kita membatalkan nazar itu dengan kifarah sumpah?... Dan sekiranya telah diperkenankan Allah. Wajibkah kita melaksanakannya, sedangkan dalam hati kita sudah timbul perasaan was-was dengan ibadah kita itu.
Dan harap pihak ustaz menerangkan mengenai kifarah sumpah. Tidak silap saya, memerdekakan hamba atau beri makan kepada fakir miskin atau berpuasa 3 hari berturut2.
Harap perbetulkan jika saya silap. Dan harap berikan penjelasan mengenai permasalahan kifarah sumpah ini.
Terima kasih sekali lagi.
Wassalam..
Jawab:
Makruh itu ialah bila nadzar itu disandarkan kepada kepercayaan ia dapat merubah takdir dan ia datangnya dari si bakhil yg hanya akan bersedeqah bila Allah menunaikan hajatnya (macam barter trade)
Bila seseorang itu bernadzar kerana kejahilan dan beranggapan nadzar itu suatu ibadah yg besar, tiba-tiba ia mendapat maklumat nahawa nadzar itu bukanlah ibadah yg tinggi nilainya bahkan makruh pula, maka ia tidak perlu membatalkan nadzarnya itu serta-merta, ia wajib diteruskan selagi nadzar itu masyru' (harus di sisi syara').
Pembatalan nadzar dilakukan bila seseorang itu tidak mampu menunaikan. Maka kifaratnya:
1. memberi pakaian 10 orang miskin, atau
2. memberi makan 10 orang miskin
3. puasa tiga hari (tidak disyaratkan berturutan)
Qardhawi, Fatawa mu'sirat. WaLlahu a'alam