Assalamualaikum..
Saya ingin bertanya tentang aurat saya dengan abang ipar saya, bagaimana aurat saya terhadap abang ipar? Bolehkah saya tidak bertudung di hadapan abang ipar saya? Atau saya perlu menutup aurat saya seperti aurat dengan lelaki bukan muhrim yang lain?
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-1811: [U] Aurat dengan abang ipar
Primary tabs
Sat, 07/09/2002 - 12:10am
#1
SJ-1811: [U] Aurat dengan abang ipar
Jawab:
Aurat anda dengan abang ipar ialah sebagaimana dengan lelaki bukan muhrim. Dalil: AQ:anNur:31. Oleh kerana abang ipar itu muhrim sementara, maka diberi sedikit kelonggaran berupa tidak perlu memakai stokin (bagi madzhab jumhur yg menetapkan kaki itu aurat) dan dima'afkan jika terselak lengan ketika melakukan kerja-kerja spt kerja dapur (atas alasan kesulitan). (Dr Abdul Karim Zaydan, alMufassal, Syaikh Atiyah Saqr, Seem wal Jeem; Syaikh Ali asySyabuni, Tafsir ayatu Ahkam )