Assalamualaikum,
1-Saya menghadapi masalah selalu lupa samada sudah membaca al Fatihah atau belum ketika solat jema'ah. Adakah saya perlu mengulanginya (mmg saya betul2 tak ngat)- terutamanya ketika solat berjemaah yang mana imam membaca surah yang panjang......
2-Adakah solat perlu diniatkan qada' atau tunai. Saya selalu terlewat bangun Subuh. Walaupun kadangkala dlm subuh, ttp di waktu ambang syuru'...Adakah perlu tunai ? Atau dikira qada' solat?
Apa pandangan thtl tentang niat qada' solat ini, kerana saya difahamkan bhw, solat yang dikira qada' hanyalah setelah masuk waktu lain, kalau subuh maksudnya zuhur, baru dikira qada'.....
Jawab:
1. Mengikut kaedah fiqh (Qawaid Kulliyah) , salah satu dari kaedah pecahan:"Sesiapa yg syak apakah ia sudah melakukan sesuatu atau belum, dianggap belum melakukan lagi. (Ibn Nujaim, Asybah wan Nazair, 50) Cth: Seseorang yg syak apakah ia sudah berwudhu' atau belum, dianggap belum berwudhu'. Maka jika anda syak apakah anda sudah membaca alFatihah atau belum, maka dianggap belum membacanya lagi.
2. Solat subuh yg dilakukan sebelum terbit matahari dianggap solat dalam waktunya. Jika anda tidak sedar dan solat diluar waktu subuh (dalam waktu yg haram) sudah dianggap solat di luar waktu. Keduanya tidak disyaratkan menyebut tunai dan qadha'. Cuma sunat di sisi madzhab Syafi'iy sahaja. Fiqh Islami
3. Niat qadha'. Benar niat qadha' ialah bila ia dilakukan bukan dalam waktu solat tersebut atau solat itu dilakukan untuk mengganti waktu solat yg luput misalnya 5 tahun dahulu.
P/S:
Niat dalam Islam ialah amalan hati sahaja dan bukannya perlu melafazkan dengan lisan. ia mudah sekali. (Ibn Qayyim, Ighatsah, 1/156) WaLlahu a'alam
Allahu a'alam