assalamualaikum ,
saya ingin bertanya kepada ustaz...
saya ada mendengar cerita dr kawan saya bahawa:
1... dia belajar solat melalui pertemuan ghaib dengan Mahsuri....kemudian dlm pertemuan itu kawan saya mengimamkan mahsuri dalam solatnya.
2. P.Ramlee masih hidup.Dia hidup dialam sama dengan Mahsuri (dialam Ghaib).
3. Dia juga mengatakan bahawa anak Nabi Sulaiman masih hidup dan sekarang berada di kawasan sempadan antara melaka dan negeri sembilan. Menurutnya Allah yg 'mencampak'kannya ke situ.
Menurut pandangan kawan saya perkara2 begini tidak merosakkan aqidah kerana ini adalah jalan2 tarikat. Selagi beliau mengaku Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah s.w.t.
Harap dapat jelaskan kerana bagi saya ini melibatkan aqidah seseorang memandangkan kawan saya ini adalah bekas penuntut di Mesir dan tinggi ilmu agamanya, maka mungkin ramai yang mengiyakan cerita2nya.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan saudara ,
Agak aneh lagi ganjil perkara yang saudara dapat dari kawan saudara itu , kerana :
1 – Apakah solat yang dipelajari daripada Mahsuri di “ alam ghaib itu “ ?, adakah ianya solat yang terbaru , yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi s.a.w ?. Andainya itu adalah solat terbaru menurut dakwaan kawan saudara itu , maka samada sedar ataupun tidak , dia telah mengengkari Sifat Khatam An-Nabiyyin ( RasululLah s.a.w sebagai penutup segala Rasul a.s dan pembawa syariah yang terakhir ) . Dan sesiapa sahaja yang mengengkari perkara ini , maka samada dia sedar ataupun tidak , dia telah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah KHIANAT ( lawan kepada Sifat Amanah yang ada pada diri RasululLah s.a.w ) , kerana di dalam Ayat 3 , Surah Al-Maidah , Allah Ta’ala sendiri telah MENYEMPURNAKAN AJARAN ISLAM ketika RasululLah s.a.w dan para sahabat (r.a) yang berjumlah 124,000 orang melakukan Haji Wida’ . Dan orang yang mengatakan @ mempercayai hal sedemikian , tidak syak lagi dia telah engkar kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w , dan perkara seperti ini boleh membawa kepada gugurnya Islam ! ~ Wal’iyadzu BiLlahi Min Dzalik.
Kemudian , untuk apa lagi kawan saudara itu belajar solat daripada Mahsuri ?, adakah kawan saudara itu ketika di Mesir tak pernah belajar akan hal solat ?, apakah yang dia lakukan di Mesir dahulu ?. Apakah guru-gurunya di Universiti Al-Azhar dahulu tidak berilmu sampaikan tidak sempat mengajarnya akan solat tersebut ?. Adakah Mahsuri lebih ‘alim daripada guru-guru di Al-Azhar ?.
Ataupun yang kita takuti, yang ditemui itu bukanlah Mahsuri , tetapi adalah syaitan yang menyamar lalu mendakwa dirinya sebagai Mahsuri ! , kerana syaitan boleh menyamar sebagai sesiapa sahaja melainkan sebagai Rasul utusan Allah Ta’ala . Tambahan pula, berita kematian Mahsuri adalah berita yang mutawatir ( yang masyhur lagi tidak dapat disangkal kerana ramainya saksi peristiwa itu ) !. Orang yang menolak berita yang mutawatir adalah seperti orang yang mengengkari wujudnya sebuah negara yang bernama Malaysia, wujudnya bangunan seperti Taj Mahal , adanya binatang yang bernama Kucing , adanya makanan yang bernama nasi ,dan seumpamanya . Dan sudah pasti orang mengengkari berita yang mutawatir ini ( apatah lagi Hadist Mutawatir ) adalah orang yang diragui kewarasan akalnya. Orang yang akalnya tidak waras, sudah tentulah tidak dapat diterima hujahnya , apatah lagi apabila memperkatakan hal-hal persoalan agama Islam ini !.
Oleh itu , sudah pasti yang dimaksudkan dengan “ Mahsuri masih hidup di alam ghaib “ ialah di alam barzakhnya , kerana alam barzakh itu sendiri adalah ghaib ( yang tidak dapat dilihat di alam nyata ) , dan kematian menurut Islam pula ialah bukannya “ betul-betul mati “ dan “ tamat cerita “ serta “ penutup kesudahan “ , sebaliknya alam barzakh ( alam kematian ) adalah permulaan hidup di alam selain daripada alam dunia ini , dan sebagai meneruskan perjalanan seseorang hamba itu menuju ke destinasinya , iaitu Alam Akhirat kelak.
2 – Ya benar ! Semenjak Allahyarham P. Ramlee meninggalkan dunia yang fana’ ini pada tahun 1973 dahulu, beliau sebenarnya telah membuka satu lembaran kehidupan baru , iaitu kehidupan di alam Barzakh . Dan memang benarlah bahawa Allahyarham P. Ramlee dan Mahsuri itu benar-benar di alam yang satu , iaitu alam Barzakh dan alam ini merupakan alam yang ghaib.
3 – Siapakah anak Nabi Sulaiman a.s itu ? , anak daripada isteri yang mana satu ? . Untuk apakah ianya dicampakkan di situ ?. Apakah hikmah dan faedah terbesar bagi umat Islam yang sentiasa dizalimi daripada masa ke semasa menerima kewujudan individu yang dinyatakan di kawasan itu !?.
Alangkah peliknya rakan saudara itu ( andainya benar dia pernah beljar agama di Mesir dan andainya benar dakwaan saudara mengenai dirinya itu ) !! , hatta Yahudi yang bermati-matian cuba membina Haikal Sulaiman di bawah Masjidil Aqsa di Palestin sendiri tidak seperti itu , hingga percaya adanya anak Nabi Sulaiman a.s di sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka .
**************************************************
Tidak semestinya orang yang mengakui Nabi Muhammad s.a.w itu sebagai utusan Allah Ta’ala SUDAH TENTU SENTIASA SELAMAT daripada menjadi murtad ~ Wal’iyadzubilLahi Min Dzalik ~ kerana di dalam sejarah Islam sendiri telah menyaksikan ramai manusia yang pernah mengucap di hadapan Baginda s.a.w sendiri , akan tetapi apabila mereka mendengar berita Israk dan mikrajnya Baginda s.a.w , mereka terus mengengkarinya, sekaligusnya menjadi murtad !!!.
Oleh itu seseorang yang pernah mengucap dua kalimah syahadah , bila-bila sahaja boleh menjadi murtad apabila melakukan salah-satu daripada 3 perkara yang boleh menyebabkan dia jadi murtad . Lihat : http://alahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8118&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
Adapun dakwaan yang dinyatakan oleh rakan saudara itu bahawa apa yang dinyatakan itu adalah jalan-jalan Tareqat , maka ini pun mengundang 1001 kehairanan . Kerana , tareqat apakah yang meletakkan syarat mesti mempercayai yang Mahsuri dan P. Ramlee itu masih hidup ?. Kalau Tareqat itu datangnya daripada Tanah Arab , adakah Mahsuri dikenali oleh masyarakat Arab . Manakala P. Ramlee, walaupun ada di kalangan orang-orang tua Mesir yang mengenalinya ( kerana khabarnya P. Ramlee pernah belajar filem di studio perfileman Shoubra, Kaherah ) tapi itu BUKANLAH SEBAB untuk mempercayainya masih hidup , kerana hal itu sendiri tiada kaitan dengan hal usul mahupun furu’ tareqat dan hal itu juga tiada kaitan dengan perlunya kita percaya yang beliau masih hidup !. Kalau disebabkan adanya golongan tua di Mesir yang mengenali P. Ramlee menyebabkan rakan saudara berkata demikian , maka mengapa pula Sokarno, bekas Presiden Indonesia tidak dianggap sama seperti P. Ramlee, walhal kemasyhurannya juga tidak kurang dan masih ramai yang mengingatinya di kalangan masyarakat Arab.
Adakah tareqat yang didakwanya itu diambil di Mesir dahulu ?, Jika Ya ! , apakah nama dan siapakah pula guru tareqat itu ? . Kita takut dan bimbang andainya yang diambilnya itu adalah tareqat sesat yang menyeleweng, yang ditubuhkan untuk menutup dakwah kebenaran yang diperjuangkan oleh para ulama’ khasnya ulama’ Al-Azhar ! . Dan yang kita bimbangi juga , banyak juga tareqat di sini yang mempertahankan fahaman Sekularisme ( fahaman berhala moden ) pimpinan kerajaan Mesir ini . Dan tidak sedkit juga daripada para pengamal Tareqat di sini yang cuba “ membunuh “ usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh ulama’ Al-Azhar ( dan juga oleh ulama’ Ikhwan Al-Muslimun ).
Belajar di Mesir, khasnya di Universiti Al-Azhar TIDAKLAH MENJAMIN seseorang itu akan menjadi manusia yang berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Sejarah sendiri telah banyak menunjukkan bahawa ada sebahagian ulama’ Al-Azhar yang terkenal , “ terjebak “ dan masuk ke dalam perangkap musuh , lalu mereka ini pula yang meneruskan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam seperti Sekularisme . Dan tidak sedikit juga yang balik daripada Mesir ini yang “ bermati-matian “ mempertahankan sebuah perjuangan yang sesat lagi kerana “ kepentingan perutnya “.
Pendek kata , kalaulah mereka yang pernah belajar daripada RasululLah s.a.w sendiri pernah menjadi manusia yang sesat kemudiannya , ataupun murtad , apatah lagi dengan meeka yang sekadar belajar di Al-Azhar , daripada guru-guru yang tidak maksum itu !!??. Itupun kalau dia “ betul-betul belajar “ ketika berada di Mesir , kalau tidak . maka tidak syak lagi peluang untuk menjadi manusia yang tersasar jauh daripada jalan kebenaran sangatlah terbuka luas di hadapannya !.
Oleh itu hati-hati wahai saudara , dan perhatikanlah baik-baik ! Mereka yang pulang daripada belajar di Mesir , samada terkena “ bahang Fir’aun “ ataupun terkena percikan “ Nabi Musa a.s “ . Jika terkena bahang Fir’aun , maka tidak syak lagi dia akan mendokong fahaman yang sesat lagi kufur ~ Wal’iyadzubilLahi Min Dzalik.
Jika dia terkena percikan ajaran Nabi Musa a.s , maka alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala .
Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa menyelamatkan kita daripada orang dan fahaman seperti itu .
Amin YA Rabbal ‘Alamin.
***************************************
SILA LIHAT DAN RUJUK ! :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=7899&Forum=All_Forums&Words=Mimpi&Match=Entire%20Phrase&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=7803&Search=true
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8110&page=1&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8110&page=1&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
1 / Sya’aban / 1423 H
8 / September / 2002 M
Selasa – Bandaraya Kaherah