Assalammualaikum.w.b.t
Ustaz saya masih keliru mengenai hal2 perkahwinan dalam islam. Boleh tak ustaz huraikan mengenai perkahwinan dalam islam:-
Pertunangan-apa yang perlu dilakukan dan perbandingan dengan perlaksana umat Islam di Malaysia skg
Nikah- bagaimana, cara, dan juga perbandingan yg dibuat di Malaysia skg
Kenduri- dlm Islam dan juga perbandingan yang dilakukan di Malaysia skg.
Antara faktor utama pertanyaan saya begini kerana saya comfused mengenai hantaran + belanja. adakah hantaran dibuat pada hari pernikahan atau di hari kenduri? Untuk makluman ustaz hari nikah dan kenduri dibuat pada hari yang berbeza (selang berbulan). Saya mohon maaf atas soalan ini. ini kerana saya masih comfused mengenai Perkahwinan dilaksanakan. Diharap ustaz dapat uraikan mengenai masalah perkahwinan di Malaysia :confused:
:wassalam
Jawab:
1. Kebanyakan pertanyaan anda tu banyak yg akan terjawab bila anda menjalani Kursus Perkahwinan atau memiliki kitab2 yg amat banyak dalam pasaran sekarang mengenai persiapan perkahwinan. Hawwin 'alaik (yakni anda tidak perlu panik) Oleh kerana prosedur perkahwinan ini banyak menyentuh soal adat resam Melayu, maka akan adalah pertembungan antara syara' dan adat.
2. Pertunangan: Islam mengiktiraf keperluan pertunangan sebagai fasa muqadimmah sebelum kahwin. Dalil: HR Ahmad, Ibn Majah, alHakim, Abu Daud dan alBaihaqee," apabila Allah menggerakkan hati seseorang utk meminang seorang wanita, tiada salahnya ia melihat kepadanya."
Adat Melayu pula ada 4 tahap: meninjau-merasi-melamar dan akhirnya meminang dgn 6-7 dulang hantaran.
3. Nikah
Nikah kahwin di Malaysia hendaklah didaftarkan dan mestilah mengikut peraturan nikah-cerai-rujuk oleh pihak berwajib.
mengikut adat, nikah ada dua jenis:
a. Nikah biasa (jarak antara akad dan majlis kahwin itu dekat)
b. Nikah gantung (jarak antara akad dan majlis kahwin itu lama)
4. Kenduri kahwin: ia merupakan anjuran Islam (walaupun dgn seekur kambing, dalil: HR adDaylami dari Ummu Salamah," umumkanlah perkahwinan dan rahsiakanlah pertunangan." Kenduri yg bercanggah dgn Islam bila ia disertakan kemungkaran, membazir dan bermegah-megah
5. hantaran + belanja
Ini adalah istilah adat pada istilah syara' yakni mahar. Mahar itu disyari'atkan dan ia diserahkan pada adat setempat. Di Malaysia ada mahar yg ditetapkan oleh pendaftar Nikah tempatan ada mahar mithl yg ditakrifkan sebagai hantaran atau belanja. istilah2 mahar ini tidak bercanggah dgn Islam kerana Islam tidak menetapkan kadar dan nilai maksimanya.
6. Hari nikah (akad nikah) dan kenduri adalah menurut kebiasaan di Malaysia dilakukan sehari sebelum walimah (kenduri kahwin), tapi ada adat setempat yg melakukan nikah gantung yakni walimah dilakukan beberapa bulan selepas akad. Ini tiada asalnya dalam Islam. WA
Ruj:
1. DR Amran Kasimin, Istiadat Perkahwinan Melayu (kerjasama Universiti Aberdeen, Scotland, DBP, 1995
2. Syaikh Ali Qutb, Tuhfatul Aris wal Urus, terjemahan YB Ust Taib Azimuddin (mantan Imam besar Mesjid Negara)
3. Prof Mahmud Zuhdi, Undang2 keluarga Malaysia