:salam
Saya ingin bertanya apakah status orang klon dari kacamata Islam? Sekiranya seseorang (dari negara Barat, tentunya) yang wujud disebabkan telah "diklon", dan kemudian masuk Islam, apakah dia setaraf dengan manusia yang wujud mengikut harfiah alam?
:wassalam
:wassalam :ooo:
Jawab:
Setakat ini para mufti dunia menggesa sebarang ujikaji dan perlakuan Human Cloning di hentikan (Fatwa Mufti Mesir, Syaikh Dr Nasir Farid Wasil, Syarq al Awsath Bil 6800 11/6/97), fatwa Qardhawi, Jld 3, edisi 2001)
Sudah tentu jika manusia klon itu benar2 terjadi, hasil klon itu menimbulkan klasifikasi hukum yg amat sulit. apakah ia anak kepada dari mana sel itu diambil. apakah ia saudara kembar, apakah ia anak angkat, apakah ia menyamai hukum susuan, apakah ia kembar kepada induk yg diklon. Oleh kerana kekeliruan dan syubhat kepada nasab manusia, maka para mufti Islami menuntut Klon Manusia hendaklah dihalang. Jika masalah anak haram yg menjadi norma masyarakat dan ditambah dengan manusia yg diklon, maka sudah zahirlah kerusakan yg bakal menimpa manusia. WA