SJ-2281: Perlu cuit ke utk menjadi makmum

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2281: Perlu cuit ke utk menjadi makmum

kita nak solat berimam di belakanng org yg dah solat. Perlukah kita mencuitnya utk memberitahu kita ingin berimam dgnnya. saya ada pelbagai pendapat tentang ini. boleh kah bagi pendapat yg terbaik dlm hal ini.
:grad

Re: SJ-2281: Perlu cuit ke utk menjadi makmum

Jawab:
Imam Ibn Qayyim rh (Ahkam asSolat wa Hukm tarikiha) menjelaskan: Jika kita sengaja datang lewat utk solat di mesjid jami' atau mesjid yg ada Imam tetap, maka ini suatu kesalahan yg besar dan berlawanan dgn amalan salaf assoleh.
Dahlah kita datang lewat dan berimamkan pulak makmum yg sedang solat sunat. Amalan yg sunnah ialah kita menunggu orang lain yg sama2 lewat atau meminta makmum lain utk menjadi makmum. Ini ada contoh dari asSunnah dan mereka yg sanggup menjadi makmum itu telah bersedeqah kepadanya (HR Abu Daud dari Abu Sa'eed alKhudry ra, Nabi saw melihat orang lewat datang dan solat telah tamat, lalu dia solat seorang diri, maka Nabi saw bersabda, "tiadakan di antara kamu yg ingin bersedeqah kepadanya?" . Jika tidak ada, maka solat seorang diri adalah lebih baik. Tidak ada dasar utk mencuit bahu orang lain. WA