SJ-2297: Lafaz talak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2297: Lafaz talak

Assalamualaikum ahli panel yang dihormati,

Hal ini berlaku kepada keluarga terdekat saya. Si suami bergaduh dengan isterinya. Sebelum ini mereka pernah bercerai dengan talak satu. Kerana hilang sabar dengan karenah isterinya dalam satu pertengkaran, si suami melafazkan "Aku cerai dikau dengan talak dua", sedangkan atas kejahilannya dia berniat "Ini adalah talak yang kedua untuk kamu". Persoalannya, jika diniatkan satu talak sahaja sedangkan disebutnya dua talak (satu yang baru dan satu yang lama) adakah dikira telah jatuh 3 talak?

Menurut khadi di Pejabat Agama, lafaz itu dikira 2 talak menjadikan keseluruhannya 3 talak. Adakah ia muktamad?
Mohon membantu.

Re: SJ-2297: Lafaz talak

:wassalam
Jawab:
Begitulah ketetapan jumhur fuqaha' (termasuk Syafi'iyah) mereka mengambil kira lafaz sarih (sebutan yg keluar dari mulut secara jelas) kerana lafaz yg sarih itu tidak memerlukan niat.
Manakala Syi'ah, dan ahli tahqeeq spt Imam Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Siddiq Hassan Khan berpendapat lafaz dua atau tiga sekaligus tidak ada kesan, kerana yg jatuh ialah satu sahaja. Kebanyakan ahli fatwa masa kini memilih pendapat Ibn Taymiyah, misalnya Dr Qardhawi (Halal & Haram/204) Maka masalah mereka berdua ini hendaklah dirujuk kepada pejabat Mufti utk dipertimbangkan dengan rayuan berdasarkan ada khilaf dari segi niat. WA