SJ-2311: Islam Kaffah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2311: Islam Kaffah

:salam

Surah al-Baqarah ayat 208 ada perkataan "as-silmi" dan "kaaffatan". Kebiasaannya diterjemahkan sebagai "...masuklah Islam secara menyeluruh..."
Permintaan saya boleh tak diterangkan secara detail mengenai perkataan "as-silmi" dan "kaaffatan".

Sekian. :wassalam

Re: SJ-2311: Islam Kaffah

:wassalam
Jawab:
Terjemahan Indonesia:" "hai orang2 yg beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.." (Dept Agama Rep Indonesia)
Terjemahan Inggeris: " O you who beleive, Enter perfectly in Islam (by obeying all the rules and regulations of the Islamic religion).." (Dr Hilali & Muhsin Khan)

Setakat yg kita tahu tidak ada khilaf mengenai makna 'asSilmi' sebagai Islam dan 'Kaafah' sebagai bermaksud keseluruhan kemasukan.

Asbab Nuzul menurut tafsir Jalalain (Imam Syuyuti dan Mahalli) mengenai kaum Yahudi yg memeluk Islam khususnya Ibn Salam yg masih ingin membaca Taurat walaupun alQur'an itu sedang diturunkan. Ini menunjukkan jika Taurat juga dimansuhkan, maka apatah lagi ajaran yg bukan samawiyat (wahyu), maka sudah tentu Islam membatalkan dan kita hendaklah menerima hanya peraturan dan hukum-hakam Islam shj.

Ayat ini (2:208) adalah ayat yg popular didalam usrah2 sejak tahun 70'an lagi. Dari ayat ini DR fathy Yakan menulis sebuah buku 'Maza Ya'ani intima'i lil Islam (terjemah: Apakah ertinya saya bergabung dgn Islam); Tafsir Fi Dzilal , Juz 1 juga menjelaskan dgn bahasa yg indah maksud masuk Islam Kaafah ini. Tafsir Fi Zilal Juz 1 ini sudah lama berada dlm pasaran (terjemahan Indon atau terjemahan Malaysia (Dian & YAPEIM) WA