SJ-2313: Nama seperti Abdul Rasul, Abdul Nabi dan sepertinya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2313: Nama seperti Abdul Rasul, Abdul Nabi dan sepertinya

(1) Telah dilaporkan di dalam sebuah media bahawa seorang panglima mujahidin Afghanistan yang bernama Abdul-Rasul Sayyaf telah menukar nama beliau kepada Abdur-Rabb Sayyaf untuk menyesuaikannya dengan ajaran Islam. Ini berlaku semasa beliau berdamping dengan mujahidin Salafi dari Arab Saudi seperti Osama bin Laden. Kenapakah nama seperti tersebut dianggap tidak Islamik oleh Osama bin Laden ?
(2) Bagaimana pula dengan nama seperti Azim, Aziz, Hakim yang tidak dimulai dengan `Abdul'.

Re: SJ-2313: Nama seperti Abdul Rasul, Abdul Nabi dan sepert

Jawab:
1. Abdun Nabiyy dan Abdul Rasul adalah salah kerana bermaksud Hamba Nabi dan Hamba Rasul. Sedangkan ajaran Islam yg dibawa oleh Nabi saw ialah pengabdian kepada Allah SWT semata-mata. Saya telah melihat nama Panglima Perang Mujahideen itu sebagai Abdul Rabbul Rasul Sayyaf.

2. Nama2 Allah boleh diberikan terus tanpa Abdul. yang ditegah ialah AL di hadapan nama itu kerana jika alHakim ia merujuk pada sifat Allah. Ini suatu yg maklum. Buku2 panduan nama2 bayi banyak di jual dalam pasaran.. WA