SJ-2373: Menikahi wanita mengandung

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2373: Menikahi wanita mengandung

:salam

Saya ingin mendptkan penerangan berkenaan satu masalah. Aminah yang sdg mengandung hasil hubungan luar nikah dengan Abu telah menikahi Ahmad sebelum Aminah melahirkan anaknya. setelah beberapa tahun, Aminah dan Ahmad mendpt beberapa org anak hasil perkahwinan mereka. Apakah sah pernikahan Aminah dan Ahmad? Jika tidak sah, bgmana status anak-anak Aminah dan Ahmad? Bolehkah mereka dibintikan dengan nama Ahmad semasa dinikahkan? Apakah yg patut dilakukan sekira terdpt di antara anak-anak Aminah dan Ahmad yg telah bernikah dengan dibintikan dengan nama ahmad?

harap dpt diberikan penerangan yg jelas tentang hukum menikahi wanita yang sedang mengandung ini, kerana dalam masyarakat kita sering berlaku pernikahan bagi mengelakkan masalah melahirkan anak sebelum berkahwin. berbanyak terima kasih.

Re: SJ-2373: Menikahi wanita mengandung [U]

:wassalam
[U] Ulangan, pernah dijawab sebelum ini.

Jika Ahmad mengetahui kehamilan Aminah, dia diistilahkan sebagai Pak Sanggup. Dia seorang bodoh dan selalunya orang dianggap dungu oleh masyarakat
Jika Ahmad tidak tahu, maka Ahmad telah ditipu dan kaum yg menipu Ahmad itu akan menanggung dosa di hadapan Allah SWT.
jika Ahmad dipaksa, maka kezaliman telah berlaku tanpa kerelaannya.
Versi Syafi'iyah:
Kehamilan seorang anak gadis tidak menghalang sahnya pernikahan menurut Fiqh Syafi'iyah. Ia tidak sah disisi madzhab Hanbali (Ibn Qudamah,alMuhgni: Jld 6; Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam, Jld 32)
Jika anak itu lahir selepas 6 bulan dua lahzah (detik), maka anak itu sah dibin/btekan pada Ahmad. Jika kurang dari tempoh itu, tidak boleh dinasabkan (dibin/bte) pada Ahmad. Zuriat yg lahir selepas anak pertama itu memang tidak ada masalah utk dinasabkan pd Ahmad. Ini dipraktikkan di Malaysia. WA

Mengenai fenomena anak gadis hamil akhir2 ini dan jika ditutup (aibnya) dgn menikahkan mereka itu kira baik juga, yg menjadi labih ganas (sadis) ialah bayi luar nikah itu dibuang saja dalam tong sampah atau dalam longkang. WA