Assalamualaikum wmt wkt kepada ahli-ahli panel yg dihormati sekelian
Dalam buku Dr. Naim Yassin yang bincangkan tentang matahari terbit sebelah barat sebagai tanda besar kiamat. Beliau bawa ayat Qur`an surah Al-An`am 157 dan menyatakan penafsiran ulama berdasarkan kitab Fathul Bari bahawa bila matahari terbit sebelah Barat segala amalan soleh tidak diterima Allah.
Soalan saya ialah , adakah semua ibadat tidak diberi pahala oleh Allah S.W.T jika matahari sudah terbit di sebelah Barat?
Wassalam
:wassalam
Benar sekali dan bahkan kitab Dr Yassin itu adalah sebuah kitab aqaid alaf baru yg bagus sekali berdasarkan manhaj Salaf. Apa yg dikemukakan itu diletakkan dibawah bab Tanda2 Besar Qiamat. Menurut Hadis Abu Hurayra ra itu (Fathul Bari: 11/352 dan Muslim:1/37 Hadis no 157) menjelaskan bila matahari sudah terbit dari tempat terbenamnya, itulah cut-off point (garis pemisah) atau buku catatan amal ditutup. Kalau kita biasa melihat sessi pertandingan debat atau syarahan (zaman persekolahan), ketika pengacara majlis membaca syarat-syarat pertandingan, antaranya: pendebat diberi masa 15 minit utk memberi hujah. Pada minit ke 13, satu loceng amaran akan dibunyikan, dan bila masa tamat, dua kali bunyi loceng, dan jika pendebat masih meneruskan debatnya, markah tidak dikira. Begitulah bila tanda besar Kiamat itu berlaku antaranya Matahari terbit dari Barat, maka tamatlah masa beramal bagi manusia. Namun hadis Ahad ini bukanlah muktamad, Imam Rashid Ridha (Tafsir alManar: 9/501) berpendapat maklumat yg disalurkan hadis ini tidak memadai utk menjadi doktrin akidah umat Islam. Itulah keunikan pemikiran Imam Rashid Ridha, kadangkala jawapannya yg menyanggah jumhur perlu dikaji dan diteliti juga, tapi pendapat ini bercanggah dgn jumhur ahli sunnah yg meyakini maksud hadis tersebut. WA
Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah jawapan dari Sheikh THTL sudah lengkap dan tepat, cuma saya ingin membuat sedkit pembetulan kepada nombor ayat diatas yang di rujuk oleh cikgu73 mengenai alamat akhir zaman. Ayat tersebut ialah Surah Al-An'am ayat 158 (dan bukannya 157), iaitu firman Allah swt :
terjemahannya:
"Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (azab) Tuhanmu atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya) dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami). "[6:158]
Memang benar, Ulama-ulama Tafsir seperti didalam Kitab Tafsir Jalalain, Ibnu Katsir, Qurthubi dan Tabari apabila menafsir ayat [="#800000" size="3"]("íóæúã íóÃúÊöí ÈóÚúÖ ÂíóÇÊ ÑóÈøß") - "Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu", mereka sepakat merujuknya kepada Terbitnya Matahari dari sebelah Barat. Menurut Kitab tafsir Imamain Jalalain (ms 191) bahawa ayat diatas merujuk kepada : [="#800000" size="3"]( æóåöíó ØõáõæÚ ÇáÔøóãúÓ ãöäú ãóÛúÑöÈåóÇ ßóãóÇ Ýöí ÍóÏöíË ÇáÕøóÍöíÍóíúäö ) - iaitu terbit matahari dari sebelah Baratnya sebagaimana didalam Hadis Shahih (Bukhari & Muslim).
wallahu'alam
Wassalam
p/s - sekadar menambah sikit......
Rujukan:
======
1. Al-Quran - Al-Harf
2. Tafsir Imamain Jalalain. dar Al-Mar'rifah, ms. 191.
خيرالأمين