assalamaualaikum Wmt Wkt Jzkmllh di atas jawaban Ustaz al-fadil THTL cuma saya tak faham jawaban yang berbunyi :
"4. Jika Masbuk sempat mendapatkan Imam pada raka'at ke2"
Soalannya ialah apakah yang dimaksudkan dengan mendapatkan Imam pada rakaat yang ke 2?
wassalam
:wassalam
wa iyyaaka..
"Jika si Masbuk sempat mendapatkan Imam pada raka'at ke 2 " adalah tafsiran saya pd soalan yg dikemukakan.
Maksudnya: Jika makmum datang lewat ke mesjid dan mendapati Imam sudah berada di raka'at ke 2, maka hendaklah dia bertakbir dan jika selepas dia bertakbir dan membaca 2 ayat dari surah alFatihah, tiba2 Imam pun ruku', maka dalam madzhab Syafi'iy, makmum hendaklah memotong bacaannya dan terus mengikuti Imam kerana bacaannya sudah ditanggung oleh Imam. WA