SJ - 2427 : BENARKAH HUKUMAN BAGI PESALAH ZINA DAN MURTAD TI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2427 : BENARKAH HUKUMAN BAGI PESALAH ZINA DAN MURTAD TI

:salam

sidang moderator al -ahkam, semoga dirahmati Allah.

saya nak mengemukakan satu soalan mengenai murtad, ada tasykik mengatakan hukuman bunuh (hudud) terhadap org yg murtad tak sabit dalam nas Al-Quran?

setakat bacaan saya, saya mendapati ada hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan dalam kitab muwatta' imam Malik Rh.
masalahnya tasykik yg digunakan ialah, hudud ni mesti sabit dengan nas quran, bukan hadis. sebab hadis dalil zonni, Quran dalil qot'ie.

begitu juga tentang hukuman terhadap penzina muhsan. dikatakan hadis Ma'iz dan ghamidiyyah itu dhoif. sebab itu hukuman hudud terhadap murtad dan zina muhsan dipertikaikan. :bazooka

saya memohon penjelasan dari panel al ahkam yg berpengalaman dan kalau boleh tolong sertakan nama kitab rujukan.

terima kasih, Allah saja yg dapat membalas jasa baik dan penat lelah yg dicurahkan demi Islam :martialar

saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

:wassalam

Re: SJ - 2427 : BENARKAH HUKUMAN BAGI PESALAH ZINA DAN MURTA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2427 : BENARKAH HUKUMAN BAGI PESALAH ZINA DAN MURTAD TIDAK KUKUH ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada mulvi78 di atas soalan yang dikemukakan di atas . Kami memohon kemaafan di atas kelewatan memjawabnya . Kelewatan itu disebabkan pendekar dalam beberapa minggu ini agak sibuk dengan berbagai program dan kemudiannya pula sakit akibat keracunan minuman . Mudah-mudahan Allah Ta’ala segera menyembuhkannya . Amin . :doa

Secara peribadi , kami lebih suka menjawab " Anta a'alamu minna fi hadzhil qadhiyah " ( Anda lebih mengetahui drp kami mengenai isu ini ) kerana biasanya orang yang memakai nick " mulvi " ini biasanya orang yang pernah " betapa lama dan belajar " nun jauh di Benua Kecil India ( khasnya di Pakistan ) . Apatah lagi kalimah " mulvi " itu sendiri diambil drp perkataan Arab yang bermaksud " Maulawi " dan ada pula kaitan dengan " Maulana " . :wow

Apatah lagi , lokasi saudara pula di Benua Afrika , silap-silap sama dengan pendekar di Mesir . Jadi sudah tentulah sedikit-sebanyak saudara tahu juga ( malah lebih tahu ) drp kami semua di al-Ahkam. Online ini mengenai permasalahan ini .

'Ala kulli hal ( walau bagai mana pun ) kami akan memberikan jawapannya sekadar sedikit kemampuan ilmu yang dianugerahkan kepada kami oleh Allah 'Azza Wa Jalla .

Mudah-mudahan jawapan ini dapatlah kiranya menangkis segala usaha ke arah menyebabkan manusia itu ragu-ragu dengan keupayaan Islam ditegakkan sebagai sebuah perundangan dan negara di atas muka bumi ini .

****************************************

Pertama : HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI BAGI KESALAHAN ZINA ( BAGI MEREKA YANG TELAH BERKAHWIN ) :

Para ulama’ ( rh ) selain drp Golongan Khawarij , telah pun bersepakat menyatakan bahawa hukuman had ( hudud ) bagi orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan jenayah perzinaan ialah DIREJAM SAMPAI MATI . Dan ini bersandarkan kepada dalil-dalil yang mutawatir , ijma’ umat Islam dan kesesuaiannya menurut logika akal . ~ al-Mabsut ( 9/37 ) , Mughny al-Muhtaj ( 4 / 146 ) , Fathul Qadir ( 4 / 121 ) , al-Muntaqa ‘ala al-Muwatto’ ( 7 / 132 ) , Nailul Autor ( 7 / 86 ) , al-Qawanin al-Fiqhiyyah ( ms 354 ) .

Sebagai ringkasnya , kami hanya akan memberikan keterangan berdasarkan beberapa hadist sahaja sebagai mana berikut :

Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóÇ íóÍöáøõ Ïóãõ ÇãúÑöÆò ãõÓúáöãò íóÔúåóÏõ Ãóäú áóÇ Åöáóåó ÅöáøóÇ Çááøóåõ æóÃóäøöí ÑóÓõæáõ Çááøóåö ÅöáøóÇ ÈöÅöÍúÏóì ËóáóÇËò ÇáËøóíøöÈõ ÇáÒøóÇäöí æóÇáäøóÝúÓõ ÈöÇáäøóÝúÓö æóÇáÊøóÇÑößõ áöÏöíäöåö ÇáúãõÝóÇÑöÞõ áöáúÌóãóÇÚóÉö

Ertinya : Daripada ‘Abdullah Bin Mas’ud r.a dia berkata , Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Tidaklah halal darah seseorang muslim yang menjadi saksi bahawa Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah MELAINKAN dengan melakukan salah-satu drp tiga jenis kesalahan ini , iaitu : ( 1 ) Orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan zina , ( 2 ) Orang yang membunuh orang lain , dan ( 3 ) Orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang meninggalkan jemaahnya ( umat Islam ) ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh .

## Begitu juga dengan kisah seorang sahabat r.a yang bernama Saidina Ma’iz rh Bin Malik , yang mengakui telah melakukan kesilapan zina , walhal dia telah pun berkahwin, maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Saidina Ma’iz r.a dijatuhi hukuman rejam .

Kisahnya sebagaimana digambarkan di dalam hadist berkut :

Úóäú ÓõáóíúãóÇäó Èúäö ÈõÑóíúÏóÉó Úóäú ÃóÈöíåö ÞóÇáó ÌóÇÁó ãóÇÚöÒõ Èúäõ ãóÇáößò Åöáóì ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÞóÇáó íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ØóåøöÑúäöí ÝóÞóÇáó æóíúÍóßó ÇÑúÌöÚú ÝóÇÓúÊóÛúÝöÑö Çááøóåó æóÊõÈú Åöáóíúåö ÞóÇáó ÝóÑóÌóÚó ÛóíúÑó ÈóÚöíÏò Ëõãøó ÌóÇÁó ÝóÞóÇáó íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ØóåøöÑúäöí ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó æóíúÍóßó ÇÑúÌöÚú ÝóÇÓúÊóÛúÝöÑö Çááøóåó æóÊõÈú Åöáóíúåö ÞóÇáó ÝóÑóÌóÚó ÛóíúÑó ÈóÚöíÏò Ëõãøó ÌóÇÁó ÝóÞóÇáó íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ØóåøöÑúäöí ÝóÞóÇáó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãöËúáó Ðóáößó ÍóÊøóì ÅöÐóÇ ßóÇäóÊö ÇáÑøóÇÈöÚóÉõ ÞóÇáó áóåõ ÑóÓõæáõ Çááøóåö Ýöíãó ÃõØóåøöÑõßó ÝóÞóÇáó ãöäó ÇáÒøöäóì ÝóÓóÃóáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóÈöåö Ìõäõæäñ ÝóÃõÎúÈöÑó Ãóäøóåõ áóíúÓó ÈöãóÌúäõæäò ÝóÞóÇáó ÃóÔóÑöÈó ÎóãúÑðÇ ÝóÞóÇãó ÑóÌõáñ ÝóÇÓúÊóäúßóåóåõ Ýóáóãú íóÌöÏú ãöäúåõ ÑöíÍó ÎóãúÑò ÞóÇáó ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóÒóäóíúÊó ÝóÞóÇáó äóÚóãú ÝóÃóãóÑó Èöåö ÝóÑõÌöãó

Ertinya : Drp Sulaiman Bin Buraidah , Drp bapanya yang telah berkata : “ Maiz Bin Malik pernah datang menemui Baginda Nabi s.a.w , maka dia berkata : (( Wahai Utusan Allah , sucikanlah diri saya )) . Jawab Baginda s.a.w : (( Kesiannya engkau , pergilah balik dan mohon ampunlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadanya )) , lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu dia datang kembali menemui Baginda Nabi s.a.w. dengan mengatakan hal yang sama seperti tadi . Peristiwa ini berulang sehinggalah apabila sampai kali keempat, Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepadanya : (( Apakah yang boleh aku tolong untuk mensucikan dirimu ? )) , jawab Maiz : (( Sucikanlah diriku drp dosa zina )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada orang lain : (( Adakah Maiz ini ada penyakit gila ? )) , maka diberitahu kepada Baginda Rasulullah s.a.w bahawa Maiz bukanlah seorang yang gila . Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi ( kepada para sahabat r.a ) : (( Adakah Maiz ini peminum arak ? )) . Maka bangunlah seorang lelaki lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati ada sebarang bau arak padanya . Lalu Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi : (( Wahai Maiz ! , adakah engkau benar-benar telah berzina ? )) , maka Maiz pun menjawab : (( Ya ! )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Maiz dibawa untuk dijatuhi hukuman rejam ….. “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari rh , al-Imam Muslim , Imam Abu Daud rh , Imam at-Tirmidizi rh , Imam Ahmad rh , Imam al-Baihaqi , Imam Abu Ya’ala rh , Imam al-Bazzar rh dan Imam at-Tobrani rh .

Kisah Saidina Maiz r.a diatas sebagai kisah yang mutawatir ( sesuatu kisah yang diriwayatkan oleh majoriti para sahabat r.a dan merupakan kisah yang tidak dapat dimungkiri lagi ) . Cuba rujuk : Jamie’ al-Usul ( 4 / 279 ) , Nailul Autor ( 7 / 95 & 109 ) , Majma’ az-Zawaid ( 6 / 266 ) , Nasbur Rayah ( 3 / 314 ) , Subulus Salam ( 4 / 6 ) , at-Talkhis al-Habir ( ms 350 ) , an-Nuzum al-Mutanastir minal Hadis al-Mutawatir ( ms 18 ) .

****************************************

Kedua : HUKUMAN HUDUD BAGI KESALAHAN RIDDAH ( MURTAD ) :

Hukuman mati bagi mereka yang melakukan jenayah murtad juga adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana umat Islam . Ini disebabkan dalil-dalil yang memerintahkan agar orang yang murtad itu dibunuh adalah dalili-dalil yang kukuh lagi sudah terkenal di kalangan umat Islam .

Di antaranya ialah hadist pertama di atas ( di dalam Fasal Pertama : HUKUMAN REJAM BAGI KESALAHAN ZINA ) .

Hadist kedua pula ialah Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


ÞóÇáó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãóäú ÈóÏøóáó Ïöíäóåõ ÝóÇÞúÊõáõæåõ

Ertinya : “ Barang siapa sahaja yang menukar agamanya ( keluar drp Islam ) maka hendaklah dia dibunuh “ ~ Riwayat Imam al-Bukhari rh ( 2 /280) ; Imam Abu Daud rh (4351); Imam at-Tirmizi ( 145) ; Imam an-Nasaie,( 7/104) , Imam Ahmad ( 1/282) dan al-Imam asy-Syaukani rh di dalam Nailul Autor ( 7 / 190 ) .

Drp hadist-hadist di atas , majoriti fuqaha’ ( cendekiawan perundangan Islam ) telah menetapkan bahawa seseorang yang murtad itu ( tanpa mengira jantina ) hendaklah dijatuhi hukuman mati .Ada pula para ulama’ rh yang menyatakan bahawa hukuman itu dijatuhi setelah si murtad itu menerima kaunseling dan nasihat ( agar kembali kepada Islam ) dalam jangka masa tertentu ( contohnya 3 hari ), dan kalau dia masih enggan dia hendaklah bersedia menerima hukuman mati di atas kesalahan murtad tersebut .

Manakala menurut Imam Abu Hanifah rh pula , seseorang pesalah murtad drp golongan wanita tidaklah dijatuhi hukuman mati melainkan hendaklah dia dikurung sehinggalah dia kembali kepada Islam ataupun sampailah dia mati ( kalau dia enggan menerima Islam kembali ) . ~ Lihat al-Mabsut ( 10 / 98 ) , Fathul Qadir ( 4 / 385 ) , al-Badai’e ( 7 / 134 ) Tabyin al-Haqaiq oleh Imam az-Zaila’ie rh ( 3 / 383 ) , Ad-Dur al-Mukhtar ( 3 / 312 & 326 ) .

## Walaupun Imam Abu Hanifah rh tidak menyatakan bahawa wanita yang murtad itu perlu dihukum bunuh akan tetapi ini bukanlah alasan yang munasabah yang boleh dieksploitasi oleh golongan yang benci kepada tertegaknya hukuman Islam ( khasnya hukuman Hudud ) untuk menjadikan ia sebagai DALIH agar tidak dilaksanakan undang-undang Islam sebagai dasar perundangan tertinggi bagi sesebuah negara !!! .

****************************************

Ketiga : BEBERAPA KERAGUAN-KERAGUAN YANG DITIMBULKAN :

Orang kita ada berkata : “ Hendak seribu daya , tak mahu seribu dalih “. Orang-orang yang menentang perlaksanaan undang-undang Islam , khasnya yang membabitan masalah Hudud , Ta’azier dan Qisos , selalu mencari-cari alasan dan dalih untuk tidak melaksanakannya . Mengapa pula mereka ini tidak cari 1001 cara dan usaha serta dalil untuk memastikan cita-cita ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu sendiri terlaksana ??? .

Di antara “ tasykik “ ( keraguan ) dan perangkap yang cuba dipasang oleh mereka ialah alasan-alasan berikut :

1 – Mereka kata : Hadis yang menunjukkan perbuatan zina di antara dua orang sahabar r.a ( Saidina Maiz ra dengan Saidatina Ghamidiyah r.a ) adalah DHOIEF ( Lemah ) dan oleh kerana itu ianya tidak boleh dijadikan hujah untuk melaksanakan hukuman rejam ke atas lelaki-wanita yang yang telah berkahwin kemudian melakukan jenayah zina .

Jawapan Kami :

Kami telah pun menyenaraikan nama-nama Imam dan kitab yang meriwayatkan hadis tersebut , bahkan dianggap ianya sebagai salah satu daripada hadis yang mutawatir .

Sebagai mana yang kita maklumi, MUTAWATIR bererti : “ Satu berita yang diriwayatkan oleh sekumpulan ramai manusia kepada sekumpulan manusia yang ramai , yang mana ramainya mereka yang meriwayatkan berita itu menyebabkan mustahil ianya dianggap sebagai satu berita yang dusta dan palsu “ .

Contohnya : Khabar ( berita ) adanya sebuah negeri yang bernama MEKKAH al-MUKARRAMAH , ianya diketahui oleh majority penduduk dunia ini . Sesiapa sahaja yang mengatakan “ Tiada di atas dunia ini negeri yang bernama Mekkah al-Mukarramah “ pastilah dianggap gila dan bangang kerana mengengkari sesuatu yang sudah sedia diketahui oleh orang ramai .

Maka status hadis di atas pun begitulah juga , ianya bersifat MUTAWATIR .

Menurut Islam , orang-orang yang menentang dan mendustai berita ( hadist ) yang bersifat Mutawatir bukanlah sahaja GILA bahkan dia sendiri boleh jatuh menjadi MURTAD !!! ~ Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik .

Kalau ada orang yang mengatakan bahawa hadis di atas itu sebagai sebuah hadist yang lemah ,maka silalah tunjukkan bukti siapakah ulama’ yang muktabar yang berkata bergitu ? , apakah kitab yang mengatakan begitu ? , dan apakah pula alasan untuk melemahkan ( tadh’ief ) hadis itu ? .

Setakat kata orang itu dan ini , maka ia bukanlah NERACA PENIMBANG yang boleh dipakai untuk menilai kesahihan hadis di atas , apatah lagi jika yang berkata itu sendiri jahil mengenai selok-belok ilmu agama dan Bahasa Arab , dan apatah lagi jika dia sendiri sudah lah jahil , suka pula sekolah-sekolah agama dan majlis-majlis pengajian agama ditutup !!! .

“ Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin “ ( Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar ~ ) .

2 – Mereka kata lagi : “ Hadis ini adalah bersifat dalil zonni , manakala dalil-dalil drp al-Quranul Karim adalah bersifat qot’ie . Maka disebabkan hukuman rejam dan bunuh bagi pesalah zina dan murtad itu hanya ditetapkan oleh hadis , maka ia adalah zonni . Dan dalil-dalil zonni kita tak boleh jadikan hujah dan tak boleh dipegang “ .

Jawapan Kami :

Ini adalah perbicaraan Ilmu Usul Fiqh . Ilmu Usul Fiqh yang membahaskan masalah ini didedahkan di peringkat menengah tinggi dan pengajian tinggi ( universiti ) . Oleh itu jika ada mana-mana orang yang cuba membahaskan masalah ini , sedangkan dia sendiri tidak berkeahlian ( berkemampuan ) di dalam bidang ini , maka hujah dan kata-katanya tidaklah dapat diterima ! .

Itu yang pertama , yang kedua pula .

Qot’ie : Ertinya Muktamad ( secara muktamad ) .
Zonnie : Ertinya Sangkaan ( menurut sangkaan ) .
Dalil : Ertinya Bukti .
Tsubut : Ertinya Sumber asalnya .
Dilalah : Ertinya : Dari sudut ia sebagai dalil .

Al-Quranul Karim tidak dapat dinafikan ianya bersifat “ Qot’ieyah ats-Tsubut “ sebab ia memang muktamad bersumber daripada Allah Ta’ala tanpa ragu-ragu lagi .

Al-Hadist pula , apabila telah diselidik ianya benar-benar bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w , maka ia juga adalah “ Qot’eiyah ats-Tsubut “ kerana ia telah diyakini bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w . Apatah lagi jika sesebuah hadis sahih itu pula bersifat Mutawatir ( sbg mana telah disebut di atas ) maka ia juga adalah “ Qot’ieyah ats-Tsubut “ .

Orang-orang yang menentang Al-Quranul Karim dan As-Sunnah ( yang telah dipastikan ianya adalah muktamad dan qot’ie , apatah lagi yang mutawatir ) bermakna dia telah menentang sesuatu yang telah diyakini datang daripada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w ,. Dan orang-orang yang menentang Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w tidak syak lagi menjadi seorang yang murtad ! .

Ada pun hadis-hadis lemah ( dho’ief ) dan palsu ( maudhu’ ) sama sekali tidak bersifat QOT’IEYAH ats-TSUBUT .

Itu yang kedua , yang ketiga pula .

Walaupun Al-Quranul Karim itu telah muktamad bersumber drp Allah Ta’ala ( Qot’ieyah ats-Tsubut ) , akan tetapi bukanlah semua ayatnya menunjukkan kepada dalil secara qot’ie ( secara muktamad ) ataupun di dalam lain perkataan “ tidak semestinya sesuatu yang qot’ieyah ats-tsubut itu MESTI JADI qot’ieyah ad-dilalah “ !!! .

Manakala al-Hadist pula walaupun diistilah sebagai ZONNI ( Boleh jadi benar datangnya drp Baginda s.a.w dan boleh jadi pula tidak bersumber drp Baginda s.a.w ) , akan tetapi banyak juga hadis-hadis yang bersifat QOT’IEYAH ad-DILALAH . Yang bersigat Qot’ieyat ad-Dilalah ini sudah pastilah ia juga menjadi Qot’ieyah ats-Tsubut , dan sudah pasti pula hukuman yang diputuskan oleh hadis itu juga merupakan SATU PERKARA YANG TIDAK BOLEH LAGI DIPERTIKAIKAN !!! .

Perbicaraan mengenai hal ini sangatlah menarik kerana ianya ada kena-menganai dengan apa yang dipanggil sebagai USUL dan FURU’ , dan kadang-kadang memeningkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bukan ahli di dalam selok-belok pengajian Islam dan B. Arab ! .

Oleh sebab bukan semua hadis itu mestinya bersigat ZONNI ( pada dilalah mahupun tsubutnya ) sebagai mana kata-kata golongan yang anti-perlaksanaan undang-undang Islam , maka kata-kata mereka di atas itu sendiri sudah gugur secara automatik ( tak boleh dibuat hujah lagi ) !!! .

Kalau mereka tetap berkeras mengatakan bahawa semua hadis adalah ZONNI dan lantaran itu hadis tidak boleh dipakai ( sbg mana dakwaan GAH : Gerakan Anti Hadis ) ataupun mereka mengatakan bahawa hadist-hadist di atas semuanya tak boleh dipakai , maka kami jawab sekali lagi :

“ Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin “ ( Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar ~ ) .

KESIMPULANNYA : Hukuman mati bagi mereka yang melakukan kesalahan zina ( bagi orang-orang yg telah berkahwin ) dan mereka yang melakukan kesalahan murtad adalah KUKUH dan SESUAI dengan ajaran Islam !!! .

Alangkah sayangnya tiadanya Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra diakhir zaman ini sebagai seorang perwira yang paling perkasa dan hebat menentang jenayah murtad ( Ar-Riddah Bi La Saiyyidina Abi Bakr as-Siddiq ) !!! .

Setakat itu yang kami sempat berikan jawapannya buat kali ini . Insya-Allah selepas ini , siapa tahu al-Fadhil Saudara mulvi78 pula yang akan dijemput ke al-Ahkam Online untuk melayan soalan-soalan para pengunjung sekalian . :bleh

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

Sebahagian besar daripada sumber rujukan telah pun dinyatakan di atas , di sini sebagai tambahan untuk rujukan dan juga saranan permbacaan :

1 - JARIMAH ar-RIDDAH WA ‘UQUBAH al-MURTAD
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr . Yusuf al-Qaradhawi ha
Halaman : 63 - 67
Terbitan : Maktabah Wahbah , ‘Abideen , Kaherah ( 1996 )

2 – AL-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH
Oleh : Al-‘Allamah Prof .Dr. Wahbah az-Zuhaily ha
Jilid : 7 , Halaman : 5364 – 5365 & 5580 – 5582
Terbitan : Darul Fikr ( 1997 )

3 – FIQHUL KITAB WA SUNNAH
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Amir Abdul Aziz ( Pensyarah Perbandingan Mazhab , Universiti an-Najah al-Watoniah , Palestin )
Jilid : 5 , Halaman 2646 – 2648 & Jilid 1 , halaman : 301 – 302
Terbitan : Darus Salam , Kaherah ( 1999 ) .

4 – HUKUM MURTAD : TINJAUAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr . Yusuf al-Qaradhawi ha
Penterjemah : Irfan Salim & Abdul Haiyie al-Kattanie
Halaman : 51 – 53 & 68 – 72 .
Terbitan : Gema Insani Press , Jakarta ( April , 1998 m )

5 – ISU HUDUD : HJ. ABDUL HADI JAWAB MAHATHIR
Terbitan : Jabatan Penerangan PAS Pusat ( Nov 1994 m ) .

6 – UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
Oleh : Al-Fadhilah Ustazah Paizah Haji Ismail ( Akademi Islam , UM )
Halaman : 185 – 186 & 247
Terbitan : ABIM & Dewan Pustaka Islam , Petaling Jaya ( 1991 )

7- Artikel : HUKUMAN REJAM PENZINA MUHSON TELAH DINASAKH ?
Oleh : al-Fadhil Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman ( M.A ~ Universiti Yamouk , Jordan )
http://tranung4.tripod.com/b06/zaha6.htm

8 - Artikel : HUKUMAN JENAYAH MURTAD MENURUT AL-SUNNAH
Oleh : al-Fadhil Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman ( M.A ~ Universiti Yamouk , Jordan )
http://tranung4.tripod.com/b06/zaha5.htm


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
9 / Safar / 1424 H
11 / April / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum