Nasihat Ikhlas Kepada Pentaksub Syeikh al-Albani

Primary tabs

Ini Bukan Sikap Penuntut Ilmu...

Oleh: Ustaz alitantawi

-Tulisan ini khusus untuk mereka yang mempelajari ilmu hadith...

Saya ialah seorang penuntut ilmu... Dan saya akan terus begitu selagi mana saya sedar ilmu itu lautan luas yang tidak bertepi.

Nasihat saya kali ini khusus saya tujukan kepada mereka yang terlalu mengagungkan salah seorang ulama hadith moden, Syeikh al-Albani.

Secara ringkasnya, terdapat dua golongan yang agak melampau dalam menilai usaha dan hasil karya syeikh al-Albani. Golongan pertama ialah yang menganggap syeikh al-Albani langsung tidak ada sebarang jasa, dan menganggap beliau sesat dan menyimpang dari jalan yang benar.

Golongan kedua pula - Yang saya tujukan kepada mereka nasihat ini - Menganggap syeikh al-Albani yang terbaik dan pendapatnya dalam hadith dan fiqh boleh mengatasi ulama silam dan beliaulah ulama paling tulen.

Golongan pertama dan kedua ini lahir kerana keduanya melampaui batas rasional dan adab sopan. Mungkin pandangan golongan pertama lahir kerana golongan kedua terlalu angkuh menobatkan syeikh al-Albani sebagai satu-satunya muhaddith agung. Mungkin juga serangan balas pihak pertama menyebabkan pihak kedua bertambah taksub?

Fokus tulisan saya yang ringkas kali ini ialah tentang sikap yang baru saya temui (mungkin anda telah lama tahu) terdapat dalam kalangan golongan kedua iaitu mereka yang terlalu mengkagumi syeikh al-Albani. Sikap itu ialah:
- Apabila mereka menilai pandangan ulama lain yang salah atau tidak tepat dengan dalil, mereka akan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa mereka ikut dalil, mereka ikut kebenaran, mereka ikut pandangan ulama tulen, ulama salaf dan sebagainya.Mereka akan menyatakan bahawa sehebat mana ulama itu pun dia tidak maksum. Mereka begitu mudah dan tidak malu menyebut bahawa Imam2 Fiqh seperti Imam al-Syafie, Imam Malik dan lain-lain lagi - salah, silap, tak jumpa hadith, menyalahi kaedah bahasa arab dan lain-lain dakwaan melucukan! Mereka juga tidak segan silu dengan angkuhnya menyatakan bahawa imam2 hadith pula salah mengaplikasikan kaedah ilmu hadith! Imam2 hadith tak jumpa hadith...tak tahu ia dhaif! Pelbagai lagi dakwaan biadap...

TETAPI...apabila mereka terserempak atau terjumpa dengan pandangan syeikh al-Albani yang menyalahi kebenaran, menyalahi dalil, menyalahi ijmak muhaddithin atau fuqaha', mereka begitu lembut dan berlapang dada...sehinggakan mereka berkata ' ini soal ijtihad, masing2 dapat pahala'...'kita hendaklah menghargai jasa ulama'...'kita hormat semua orang'...'kita mesti cakap dengan bahasa sopan'.

Inilah sikap berat sebelah yang cukup memualkan dalam kalangan mereka yang mendakwa mereka memperjuangkan aliran salaf. Mereka mendakwa mereka ingin tajdid kembali kepada salaf. Tetapi adakah salaf yang mereka maksudkan itu salaf yang hanya sesuai dengan aliran mereka?

Contoh mudah utk mengakhiri tulisan ringkas ini - apabila Syeikh al-ALbani menilai sesuatu hadith dengan penilaian 'sahih'....golongan yang taksub ini tidak lagi menoleh ke belakang utk melihat penilaian imam2 hadith agung yang lebih hebat di kurun kegemilangan Islam seperti Imam2 Yahya al-Qattan, Abd. Rahman Bin Mahdi, Ahmad Bin Hanbal, Yahya Bin Ma'in, al-Bukhari sehinggalah kepada yang lain seperti al-Nasaai atau al-Daraqutni...tidak. mereka cukup dengan kata putus syeikh al-Albani.

Lebih malang apabila ada di antara mereka yang menoleh juga sejenak ke belakang...namun apabila mereka dapati ada imam2 awal telah menilai hadith itu sebagai dhaif....nah! Anda akan melihat bermacam2 alasan diberikan utk tetap 'memenangkan' pandangan syeikh al-Albani.

Adakah ini kajian ilmiah? Adakah ini semangat tajdid? adakah ini namanya beradab dengan ulama? Adakah ini namanya mengagungkan salaf? Mereka menolak pandangan ulama salaf... Ya mereka menolaknya dan mereka siang malam bertempik... Kami salafi... Kami menyokong tajdid.

Saya tidak menulis utk menginsafkan mereka kerana mereka awal2 lagi tidak mahu mendengar. Tapi saya menulis untuk menyatakan kekesalan dan menginsafi kelemahan diri.

Jangan kerana ilmu yang sedikit... Kita sibuk menghentam pihak itu dan ini... Akhirnya kita terperangkap apabila kita sendiri yang menyalahi apa yang kita seru dan perjuangkan.

* artikel ini ditujukan utk mereka yang taksub sahaja. kalau anda tidak, saya katakan ...barakallahu fiika...

(Artikel ini juga boleh dibaca diblog Ustaz Alitantawi: http://alitantawi.blogspot.com/2010/05/ini-bukan-sikap-penuntut-ilmu.html)