Assalamualaikum
Adakah isteri dianggap Nusyuz jika minta cerai kerana suami sakit teruk, lama dan tak mampu beri nafkah zahir dan batin lagi?.
Suami Wajib tanggung isteri dan biayai kos perubatan jika isteri sakit walaupun lama sakitnya, bagaimana dengan isteri pula.
Waktu suami sihat dia taat dan patuh, bila suami sakit teruk dia minta dilepaskan dan tak sanggup merawat suami, tak sedia khidmat untuk suami, mungkin dengan alasan suami dah tak mampu berikan nafkah zahir kerana sakit dan tak boleh bekerja, dan tak mampu sempurnakan nafkah batin kerana sakit teruk berbulan-bulan misalnya.
Isteri minta cerai atas hujjah suaminya memang tak mampu tunaikan nafkah zahir dan batin, adakah Nusuz atau Derhaka isteri.
Terima kasih
:wassalam
Jawab:
Ini bukan Nusyuz. Nusyuz dari segi bahasa bermaksud tanah tinggi. Dari sudut istilah ialah isteri yg menyombongkan diri terhadap suaminya.
Apa yg dikemukakan ialah Talaq. Talaq berada di tangan suami dan isteri juga berhak membubarkan perkahwinan (fasakh) jika dia ada kes yg menasabah.
Jika suami ingin menceraikan isterinya kerana isterinya sakit teruk atau isteri ingin membubarkan perkahwinan kerana suaminya sakit teruk, hukumnya BOLEH. Tapi ia bercanggah dgn ruh Islam, budaya keTimuran dan jatidiri manusia. Ini dinamakan budaya 'dumping' atau mengharapkan dari hidup ini yg bagus-bagus sahaja. Bila berlaku musibah, maka pihak yg terkena musibah akan hilang tempat sandarannya. Pihak yg satu lagi ingin lari dari beban dan tanggungjawab.
Dalam hal ini Islam membawa topik CINTA, tadhhiyah (pengorbanan), bersabar, menerima taqdir, berbakti utk merawat sifat bakhil dan mementingkan diri. Firman Allah SWT (Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka) AQ 2: 187; (..supaya kamu merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang) arRum: 21 (Dan bertaqwalah kpd Allah yg dgn nama-Nya, kamu saling meminta antara satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturahim) anNisaa': 1. Budaya dumping ini tidak dikenali dalam Islam tapi dibawa oleh tamaddun kebendaan Barat. Maka: "apa yg kita harapkan dari orang lain berupa kebaikan, maka kita kena berikan kebaikan pada mereka di sa'at mereka amat memerlukannya. Lihat sahaja bgmn orang Barat menghantar ibubapa mereka ke rumah-rumah orang tua atau rumah kebajikan. "Life goes in circle, what u give will come back to you" Kehidupan ibarat roda, apa yg kita berikan kepada orang yg memerlukan, akan kembali semula kepada kita". Falsafah ini dinamakan " What you will give will come back" di popularkan oleh Dale Carnegie dan Zig Zigler, dua orang Guru Motivasi Barat. Imam dan Syaikh Muhammad alGhazali (Jaddid Hayaatak) mengambil kata2 pakar Motivasi ini (Dale Carnegie). WA