Oleh zain-ys
Masalah 3 dari Hadis 'Uraniyin ini agak menarik kerana ia membicara tentang sesuatu yang jarang diperkatakan, iaitu masalah qisas mumatsalah. Insyallah banyak perkara baru yang kita akan pelajari.
Qisas ialah suatu hukuman yang telah ditetapkan syara’ melalui nas-nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak-hak anak Adam atau hak individu seperti jenayah bunuh dan mencederakan anggota tubuh badan.
Contoh: Nyawa balas dengan nyawa. Kalau seseorang itu membunuh, hukumannya ialah dibalas bunuh.
Persoalannya, apakah dalam qisas wajib mumatsalah? Mumatsalah ialah serupa. Contohnya penjenayah membunuh seseorang dengan menjatuhkannya dari tempat yang tinggi. Apakah dia perlu dihukum bunuh menggunakan cara yang sama, iaiatu dengan menjatuhkannya dari tempat yang tinggi sehingga mati juga?
Mengenai masalah ini, jumhur ulama mengatakan hukuman mestilah mumatsalah. Dalilnya ialah Hadis 'Uranyin ini. Para penjenayah dalam hadis ini telah menyiksa mangsa terlebih dahului sebelum dibunuh, jadi merekapun diperlakukan serupa sehingga mati.
Mazhab Hanafi pula tidak bersetuju dengan pendapat ini. Mereka berpendapat tidak perlu mumatsalah dalam masalah qisas. Kalau penjenayah membunuh dengan cara apa sekalipun, dia perlu dibunuh sahaja tanpa mumatsalah.
Apa hujah mazhab Hanafi dalam menghadapi mazhab lain yang berhujah dengan hadis yang sahih lagi jelas maksudnya?
Dalam video ini Maulana Asri akan hurai dengan panjang lebar. Selain itu, ada juga disebut sanggahan Maulana Muhamad Taqi al-Utsmani terhadap mereka yang memandang hukuman Islam itu kejam dan sebagainya.
Video ini akan dipenuhi dengan catatan-catatan ringkas yang membuatkan pengajian ini amat-amat mudah difahami dan diikuti.
[[{"fid":"1256","view_mode":"media_original","fields":{"format":"media_original","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Hadis uraniyin 03","field_file_image_title_text[und][0][value]":"Hadis uraniyin 03"},"type":"media","attributes":{}}]]