:salam
Tumpang tanya, adakah menyiram kepala 3 kali ketika mandi wajib itu sunat ataupun wajib? Kerana saya ada membaca hadith yg menyatakan perilaku itu ada dalam mandi wajib. Dan sekiranya mengunakan shower/paip getah untuk mandi wajib, masih perlu dilakukankah perkara itu?
Terima kasih
Wa'alaikumussalam sdr AHelmi.
Alhamdulilah. Dipersilakan untuk tumpang bertanya, kami di al-ahkam akan cuba menjawabnya dengan semampu kami. Mengenai persoalan mandi (gusl - [="#800000" size="3"]ÛõÓúá) wajib, elok juga kita melihat kembali apakah dia rukun mandi wajib. Mohammad bin Jamil Ziinuu didalam bukunya Syarh Arkaan Al-Islam wa Al-Imaan (ms 52)[1] menyatakan :"Tidak sempurna hakikat Mandi menurut syara' melainkan 2 perkara:
a. Niat
b. Mandi seluruh badan."
Memang benar terdapat beberapa hadith yang menunjukkan membasuh kepala 3 kali didalam mandi wajib, dan diantaranya ialah hadith dari Umm Salamah berkata:
Fatawa al-Sheikh Abdullah ibn Humayd (ms. 53) [2] mengatakan bahawa "jika rambut diikat (dibuat) maka anda boleh membasuhnya dan pastikan air sampai ke kulit kepala dan juga memasuh bahagian yang lain. Ini adalah wajib. Syarat mandi janabah ialah air harus mencapai ke seluruh bahagian badan, termasuk rambut."
Ulama mengkategorikan membasuh anggota badan, termasuk kepala 3 kali adalah sunat. Yang penting basuhan itu diyakini mencakupi seluruh badan termasuklah kepala, baik pakai pencedok atau pun menggunakan paip atau shower.
Bekas Mufti Arab Saudi, Ibn Utsaimeen[3] (ms.11) mengkategorikan mandi janaabah ini kepada 2 jenis : iaitu yang memadai dan mencukupi [="#800000" size="3"](ÕÝÉñ ãõÌÒöÆóÉñ ¡ æÕÝÉñ ßÇãáÉñ ).
Menurut Ibn Qudaamah didalam Al-Mughni (1/217) [4]:
-wassalam-
=========
Rujukan :
1. Mohammad bin Jamil Ziinuu. Syarh Arkaan Al-Islam wa Al-Imaan cetakan ke 6. Makkah : Dar Al-Jami' Al-'Alami, 2001. 2
2. Sheikh Abdullah ibn Humayd. Fatawa http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=9755&dgn=3
3. Sheikh Muhammad ibn Salih al-'Utsaimeen. I'laam al-Musaafireen bi Ba'd Aadaab wa Ahkaam al-Safar wa ma yakhuss al-Mallaaheen al-Jawwiyyeen. Riyad, 2000
4. Ibnu Qudaamah Al-Maqdisi. Al-Mughni. Beirut : Dar Al-Fikr, 2000
خيرالأمين