SJ-2461 : Susulan Re: SJ-2454 dan situasimandi wajib.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2461 : Susulan Re: SJ-2454 dan situasimandi wajib.

:salam

Terima kasih saya ucapkan kerana telah sudi menjawab soalan saya. Bolehkan diberi penjelasan tentang jawapan sebelum ini:

1. Dikatakan mandi (gusl) yang memadai ialah membasuh mulut (kumur-kumur) dan hidung, kemudian membasuh seluruh badan

i. adakah kumur itu wajib? kerana sebelum ini saya ada membaca yang menngatakan kumur itu sunat.

ii. membasuh hidung di sini adakah bermaksud memasukkan air ke dalam hidung atau memadai luarnya sahaja? dan apakah hukumnya?

2. saya mandi wajib dan di penghujung mandi itu saya berniat telah selesai mandi itu dan menutup paip. kemudian teringat ada bahagian badan yang belum dibasuh.

i. adakah boleh menyambung sahaja mandi wajib itu atau perlu diulang dari awal kerana mandi yg pertama itu telah diniatkan habis?

3. sahkah mandi wajib sekiranya di tengah2 mandi terkena najis seperti najis cicak.

Terima kasih. Harap maaf jika telah diterangkan sebelum ini.

Re: SJ-2461 : Susulan Re: SJ-2454 dan situasimandi wajib.

Wa'alaikumussalam

Lanjutan kepada soalan SJ-2454, Insyaallah akan kami cuba jawabkan sekadar yang mampu:

1(i). Kumur-kumur [="#800000" size="3"](ÇáãÖãÖÉ) pada mandi wajib adalah wajib menurut ulama salaf, Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali. Tetapi bagi Mazhab Maliki dan Syafie ia ada sunnah sebagaimana didalam wudhu' - [="#800000" size="3"]ÅäåÇ ÓäÉ Ýí ÇáÛÓá ßÇÇáæÖæÁ ..... (Fikh Al-Islami, ms 372-373).

1.(ii) Yang dimaksudkan membasuh hidung atau istinsyaaq [="#800000" size="3"](ÇáÇÓÊäÔÇÞ) ialah memasukkan air kedalam hidung sebagaimana sunat wudhu' didalam mazhab Syafie. Hukumnya adalah sama seperti kumur-kumur bagi keempat-empat mazhab.

2. Fardu mandi wajib didalam mazhab Syafie ada 2, (Fiqh 'ala mazahib Arbaah, ms. 96); Niat dan Meratakan air keseluruh badan. Jika selesai mandi dan teringat dan yakini masih ada badan yang belum terkena air, hendaklah ia segera melakukan mandi tersebut sekali lagi. Ini adalah kerana Fardu/rukun mandi belum selesai, kerana tidak meliputi seluruh badan, ini dikatakan oleh Dr Syed Sabiq sebagai :"...membasuh keseluruhan anggota...[="#800000" size="3"](ÛÓá ÌãíÚ ÇáÃÚÖÇÁ), Fiqh Al-Sunnah, ms. 80).

3. Terkena Najis bukan penyebab kepada batalnya mandi janaabah atau pun wudhu'. Hendaklah membasuh anggota yang terkena najis tersebut. Adalah baik dipastikan bahawa tempat digunakan untuk mandi tersebut bersih dari najis dan kotoran sebelum melakukan mandi atau mengambil wudhu'. Islam amat menitik beratkan kebersihan.

wallahu'alam

wassalam

========
Rujukan:

1. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami Wa 'adillatuh - Vol 1. Cetakan ke 2. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.
2. Abdul Rahman Al-Jaziri. Kitabu Al-Fiqhi 'ala alMazaahibi Al-Arbaah - Vol 1. Kaherah : Dar Al-Manar, 1999.
3. Syed Sabiq. Fiqh Al-Sunnah - vol 1.. Manar Al-Dauliyah, 1995.

خيرالأمين