SJ-2486: Islam Yang Sebenar Islam

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2486: Islam Yang Sebenar Islam

Assalamualaikum,
Disini,saya ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut tentang ajaran Islam yang ada sekarang.Baru baru ini saya di jemput menghadiri satu majlis tahfiz Al-Quran,disitu di jelaskan tentang peri pentingnya penggunaan Al-Quran dalam kehidupan kita,dijelaskan juga tentang erti Akidah.Selepas itu,beberapa program lain di aturkan seterusnya,hingga sampai satu tahap yang dinamakan Hijrah.Melalui apa yg telah difahamkan,saudara yg mengajar itu mengatakan Islam yang ada sekarang ini bukanlah Islam,sebab tak menggunakan hukum Al-Quran dan Sunnah Rasullulah s.a.w. Dan disamakan keadaan di Malaysia sekarang dengan keadaan Arab Jahililliyah dahulu.Dimana ada golongan kiri dan golongan kanan,dan golongan kiri itu adalah golongan melakukan maksiat,manakala golongan kanan adalah yg mengikut ajaran ini,dia menyatakan,selepas program Hijrah itu,kita bagaikan kain putih..bersih dari segala dosa lalu dan sebenar benar Islam.(kena bayar RM250untuk program tuh).. dan selepas itu..dinyatakan..semua ahli kena berhijrah ke satu tempat yg sekarang ini dibangunkan yg khas untuk org yg mengikuti program ini bagi mengikut tindakan Rasulullah yang berhijrah dari Mekah ke Madinah..Soalan saya,benarkah semua ini,sebab ..segala keraguan dpt di jawab oleh mereka ini menggunakan Al-Quran(yg ditafsir ke bahasa melayu)..yang mana betul..yg mana salah?

kristalbiru (not verified)
Re: Islam Yang Sebenar Islam

ada sesiapa boleh membantu saya..

desaputra (not verified)
Re: Islam Yang Sebenar Islam

:salam

sabar wahai saudaraku kristalbiru, kan sheikh pendekar dah kata harap bersabar dalam menunggu jawapan dari panel al-ahkam.. :D

ana pernah dengar cerita nie dari seorang ustaz perihal ajaran yang cuba saudara kemukan itu, orang yang membawa ajaran ini menghalang pengikut-pengikutnya menunaikan solat di surau/masjid kerana mendakwa orang yang bersolat di surau/masjid itu semuanya banyak dosa, dan mengenakan bayaran RM200++ sebagai penebus dosa. Mereka ini berlindung dengan menggunakan kitab terjemahan al-Quran yang biasa terdapat di surau/masjid (cetakan arab saudi)sebagai asas pembelajaran mereka. Kata ustaz itu bukan masalah kitab, tapi masalah penghuraian itu yang menyalahi Islam.

Ana rasa permasalahan saudara ini, berkisar kepada pemahaman asas Islam itu sendiri. Mengapa masih ada lagi ahli masyarakat Islam yang masih terikut-ikut dengan ajaran2 sebegini. Dalam Islam tiada istilah penebusan dosa. Dalam islam kita hanya disuruh bertaubat akan kesalahan2 yang telah kita lakukan. Kalaulah dosa itu buleh ditebus dengan wang ringgit, maka beruntunglah orang-orang kaya... :bubble0
Permasalahan ini juga berkait rapat dengan keghairahan sesetengah ahli masyarakat dalam menuntut ilmu tareqat sehingga mengabaikan asas aqidah itu sendiri.

InsyaALlah, permasalahan saudara akan dijelaskan lagi oleh panel-panel al-ahkam secara lebih ilmiah.

:wassalam

Re: SJ-2486: Islam Yang Sebenar Islam

:wassalam
Jawab:

Kami perlukan maklumat lanjut: antaranya..
a. apakah penganjurnya mendapat kebenaran dari pihak berwajib
b. apakah anda mengenali badan pengajur atau pengendali majlis itu?
c. apakah organisasi yg menganjurkan majlis tahfidz itu badan yg berdaftar secara sah?
d. apakah organisasi itu membina perkampungan Islam dan meminta peserta berhijrah ke sana?
Kalau dimaklumkan maklumat2 tsb, maka barulah kita boleh menjawabnya. WA