SJ-2490: Hukum Menjatuhkan Kerajaan yg Zalim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2490: Hukum Menjatuhkan Kerajaan yg Zalim

:salam
:crazy:

Sebagaimana yg saya ketahui hukum menjatuhkan sebuah kerajaan yang zalim atau pemerintahan yang zalim di fardukan atas umat islam.....
persoalannya jika terdapat sesebuah negara yang pemerintahan yang zalim, adakah hukum untuk menjatuhkan kerajaan itu difardukan ke atas rakyat negara itu sahaja atau difardukan ke atas seluruh umat Islam. Contoh yang munkin lebih jelas....isu iraq.. dikatakan pemerintahan Saddam dikatakan zalim/kuku besi :devil dan ramai orang terbunuh semasa pemerihtahannya...adakah hukum menjatuhkan Saddam difardukan atas rakyat Iraq ataupun negara2 pemimpinnya Islam atau kita semua......
:wassalam

Re: SJ-2490: Hukum Menjatuhkan Kerajaan yg Zalim

:wassalam

Kita tidak tahu dari mana anda mendapatkan hukum fardhu itu. Dalil2 yg ada pula bersifat Umum sedangkan urusan politik pula sentiasa berubah selaras dgn masa, tempat dan ahli fatwa. Kita bimbang anda berpegang dgn beberapa aliran keras yg sedang bergerak di tengah umat sekarang ini atas nama gerakan at takfir, yg pertama kali muncul di Mesir, cirinya mudah mengkafirkan orang lain terutama pemerintah; atau golongan Keras atau Jihad Islam yg mana satu2nya jalan menghadapi kemungkaran atau penguasa yg zalim ialah kekerasan atau penggunaan senjata (Dr Qardhawi, Mustaqbal Usyuliyah Islamiyah)
Hadis umum yg kita maksudkan ialah hadis masyhur," siapa yg melihat mungkar, maka ubahlah dengan tanganmu, jika tidak mampu, ubahlah dgn lisanmu, maka jika tidak mampu juga, ingkarilah dgn hatimu. Itulah selemah-lemah iman. (Syarah Sahih Muslim, annawawi, 2/25)
Berbalik pada isu kezaliman pemerintah muslimin, Majoriti ASWJ berdiri di atas jalan Islah, Nasihat, Tajdid atau Wasitiiyah (pertengahan). Jika kita rasakan menggulingkan penguasa itu akan mendatangkan kemudharatan yg lebih besar, maka kesabaran itu lebih baik berdasarkan hadis Ummu Salamah yg dinukil oleh Ibn Taymiyah (al Ame bil Ma'aruf wa Nahy 'anil Mungkar), supaya kita bersabar terhadap pemerintah yg demikian selagi dia masih solat."
Dr Qardhawi dalam dua kitabnya: Fatawa Mu'asirat, Jld 2, dan Min Fiqh adDawlah fil Islam menghuraikan harus menggulingkan pemerintah yg zalim jika ada tiga syarat:
a. kekuatan balatentera
b. melalui peti undi (jika ada sistem demokrasi)
c. kuasa rakyat (revolusi)
Itulah secara ringkasnya.
Rumusan dlm rangka menjawab soalan anda:
Kami tidak mahu merincikan permasalahan ini mengenai hukum fardhu menggulingkan pemerintah muslimin samada fardhu atas rakyat negara itu khasnya atau kepada seluruh muslimin 'amnya. Mengenai Iraq, walaupun Saddam itu dzalim, tapi fiqih Islami tidak meluluskan dia digulingkan oleh musuh Allah dan Rasul-Nya kerana ia membuka kepada penjajahan dan kehinaan Islam. WA