Masih lagi perbahasan di sekitar berkaitan surah al-Insan: 25; "Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.."
Antara yang dibahaskan ialah, pada kiriman yang lalu, dipaparkan Dr Izrail menyatakan "Dan sebutlah nama Tuhanmu.." bukan sahaja ditafsirkan dengan maksud solat sahaja sebagaimana dakwan Ustaz Abu Umair pada kiriman terdahulu sebelum itu. Namun, ramai ahli tafsir yang menafsirkannya sebagai zikir, solat dan lain-lain lagi.
Ustaz Abu Umair jawab, yang jadi pertikaian penafsiran ialah samada nak tafsir "Dan sebutlah nama Tuhanmu.." dengan maksud solat atau zikir. Bukannya antara solat dan zikir Allah.. Allah..
Abu_Umair - Nov 04, 2007 - 01:48 AM
Post subject:
Dr. izrail al-Maghriby wrote: |
|
- Secara jadali, jikalau ana menerima muqaddimah iaitu 'ada khilaf pada tafsiran ayat itu (zikir, dan solat)', tetapi ana pertikaikan pada mahal niza3 iaitu: pada zikir nama Allah dgn cara: Allah, Allah, Allah.... Jadi, kalau boleh, sila bawakan siapa kalangan salaf atau mutaqaddimun yang menafsirkan ayat tersebut dengan zikir: Allah, Allah, Allah....
- Kerana setakat penemuan ana yg tak seberapa, ada ditafsirkan dengan makna zikir, tetapi tiada nukilan dari salaf bentuknya ialah: Allah, Allah, Allah. Maka mestilah dirujuk kepada kaedah dan tatacara zikir yang diajar oleh syarak.
- Malahan, Ibn Taimiyyah menafikan adanya zikir seumpama itu daripada Quran, Sunnah, dan contoh daripada salaf. Katanya: "Adapun zikir dengan namanya sahaja samada secara zahir (Allah, ALlah) atau dhamir (huwa, huwa), ia tidak masyruk samada dalam Quran, Sunnah, atau contoh daripada salaf..." Majmuk Fatawa.
- Maka menafsirkan ayat itu dengan makna menyebut "Allah, Allah, Allah", memerlukan sandaran sekurang2nya daripada salaf ummah.
Quote: |
|
- Benar, ia adalah ikhtilaf tanawwu'. Tetapi khilafnya ialah pada solat, atau zikir. Bukan antara solat dan zikir 'Allah, Allah, Allah'.
- Jika syeikh izrail mahu mengisbatkan juga khilaf antara solat dan zikir 'Allah, Allah, Allah', maka ana jawab: khilaf seperti ini tidak muktabar. Kerana khilaf yg muktabar ialah yang ada nas yang menyokong. Syair menyebut:
وليس كل خلاف جاء معتبرا إلا خلافا له حظ من النظر
Dr izrail wrote: |
قوله : ( الله الله إلخ ) قال العلماء : إن روح الدنيا : لا إله إلا الله ، فإذا خرج الروح تفسد الدنيا ، وأقول : هذا يدل على أن الله الله مفرد أيضاً ذكر ، وكذلك في القرآن العزيز { قُلِ اللَّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ } [ الأنعام : 91 ] الآية ، وقال الحافظ ابن تيمية : إن الله مفرداً ليس بذكر ، وتأول في مثل هذا بالحذف أو التقدير . |
1) Tidak dinafikan kehebatan Anuar Shah Kasymiri. Tetapi yang diambil kira ialah apakah dalilnya, dan tepatkah istidlalnya? Kerana, jika kehebatan nama Anuar Syah diambilkira sebagai penguat, maka lebih aula diambil kira nama Ibn Taimiyyah, dan Ibn Qayyim kerana keduanya adalah jauh lebih dahulu daripada Anuar Syah.
2) Kita menerima dalilnya kerana ia adalah Quran Karim. Tetapi tidak menerima wajah istidlal, kerana:
i- Kerana, nukilan tafsiran salaf dalam ayat Al-An'aam ialah: menyebut: "Allah lah yang menurunkannya". Bukan menyebut di hadapan orang musyrikin: "Allah" sahaja. Tafsiran ini dinukil daripada Ibn Abbas r.a.
rujuk: Tafsir Tabari, Ibn Kathir dll.
Kata Ibn Kathir:
Apa yang disebut oleh Ibn Abbas, itulah yang sewajarnya dalam menafsirkan kalimah ini. Bukan apa yang disebut oleh SEBAHAGIAN MUTAAKHIRIN iaitu makna "Katakanlah: Allah" ialah: menyebut di hadapan musyrikin dengan kalimah ini sahaja iaitu: "ALlah". Tafsir Ibn Kathir 3/301.
ii- Ayat ini mesti dibaca dari awal, iaitu: "Katakan: Siapakah yang menurunkan kitab Taurat yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran kertas yang berkecai-berai, kamu perlihatkan dan kamu sembunyikan sebahagian besarnya, padahal telah diajarkan kepada kamu apa yang kamu dan bapa2 kamu tidak mengetahuinya? Katakan: Allah." Al-An'aam 91.
("Katakan: Allah" adalah jawapan kepada "Siapakah yang menurunkan...?")
ayat ini tiada kaitan dengan masalah zikir, apatah lagi zikir Allah, Allah, Allah. Ia adalah jawapan kepada persoalan 'siapakah yang menurunkan kitab.....', dan kaedah masyhur dalam Lughah: "Al-Sual Mu3ad Fil Jawab". Iaitu soalan diulangi dalam jawapan. Maka terzahirlah apa yang ditafsir oleh salaf adalah benar dan tepat pula dengan lughah.
Dr izrail wrote: |
قوله : ( الله الله إلخ ) قال العلماء : إن روح الدنيا : لا إله إلا الله ، فإذا خرج الروح تفسد الدنيا ، وأقول : هذا يدل على أن الله الله مفرد أيضاً ذكر ، وكذلك في القرآن العزيز { قُلِ اللَّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ } [ الأنعام : 91 ] الآية ، وقال الحافظ ابن تيمية : إن الله مفرداً ليس بذكر ، وتأول في مثل هذا بالحذف أو التقدير . |
1) Tidak dinafikan kehebatan Anuar Shah Kasymiri. Tetapi yang diambil kira ialah apakah dalilnya, dan tepatkan istidlalnya? Kerana, jika kehebatan nama Anuar Syah diambilkira sebagai penguat, maka lebih aula diambil kira nama Ibn Taimiyyah, dan Ibn Qayyim kerana keduanya adalah jauh lebih dahulu daripada Anuar Syah.