SJ - 2492 : HUKUM BELAJAR SILAT GERAK KILAT

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2492 : HUKUM BELAJAR SILAT GERAK KILAT

asalamualaikum....

saya nak bertanya tentang perkara yang sudah lama terpendam.saya pernah terdengar tentang Gerak Kilat , adakah ianya satu seni mempertahankan diri...salahkah sekiranya mempelajari dan mengamal..saya juga pernah melihat kitab untuk amalannya..sila jelaskan kepada saya kalau boleh hantarkan ke email saya [email]disket84@yahoo.com[/email]

:salam

Re: SJ - 2492 : HUKUM BELAJAR SILAT GERAK KILAT


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2492 : HUKUM BELAJAR SILAT GERAK KILAT

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih dan syabas kepada Saudara yang meminati seni silat / seni bela diri . :clap

Secara amnya , pihak al-Ahkam Online sendiri telahpun membincangkan beberapa masalah yang berkaitan dengan topik Seni Pencak Silat @ Seni Bela Diri , contohnya di url berikut :

SJ-932: silat antara seni, sukan dan syirik
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5004

Amalan Persilatan
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=3944

Mukjizat Rasulullah Saw
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=3954

SJ - 2045 : ADAKAH KARAMAH BERTENTANGAN DENGAN LOGIK AKAL ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8755

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Silat Gerak Kilat :

Seni Silat Gerak Kilat merupakan asas kepada kewujudan Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan ( PSSGKK ) .

Silat ini pernah masyhur di tanah air kita sekitar pertengahan tahun 80’an disebabkan aksi-aksi demontrasi ahli-ahli PSSGKK yang hebat dan mempersonakan . Di antaranya ialah kekebalan diri drp senjata tajam , menyalakan api drp kepala sehingga dapat digunakan untuk menggoreng telur , mengangkat sesuatu objek drp jauh tanpa disentuh , merawat pesakit dengan membedahnya dengan menggunakan jari ( tanpa pisau ) dan sebagainya yang dipanggil oleh orang-orang kita sebagai “ aksi – aksi Ilmu Kebatinan “ . :shocked:

Silat ini dikembangkan oleh seorang anak Johor yang diberitakan berasal drp Johor Darul Takzim ; Ustaz Johari Mansor ( sekarang bergelar Prof. Dato’ Dr Johari Mansor al-Haj ) . Beliau khabarnya berasal drp keturunan salah-seorang Wali Songo ( Wali 9 ) yang telah pun berjasa mengembangkan agama Islam di kepulauan Jawa satu ketika dahulu . Itulah di antara maklumat ringkas yang masih kami ingati hasil liputan pihak Majalah PENDEKAR ( sekitar tahun 1988 ) mengenai beliau dan PSSGKK .

Sekarang beliau merupakan Pengarah & Chemist bagi produk kecantikan jenama VANNESSE dan dilaporkan beliau juga merupakan salah-seorang pensyarah di salah-sebuah universiti di Indonesia .

Itulah sekilas pandang mengenai pengasas PSSGKK .

Dan Apabila saudara bertanya : “ Adakah ia sejenis seni mempertahankan diri ? “ , maka sudah tentu kami akan menjawabnya : “ Ya , bahkan ia adalah salah satu drp beratus , bahkan melebihi seribu jenis seni pencak silat yang pernah wujud di dunia ini “ .

Adapun jika ditanya : “ Adakah ia benar-benar seni silat ? , ataupun sekadar seni mempertahankan diri ? “ , maka bagi kami , ia soalan itu lebih baik ditanya kepada PERSILAT ( Persekutuan Silat Antarabangsa ) ataupun PESAKA ( Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia ) melalui Dewan Sesepuh / Pendekar mereka .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

PANDANGAN al-AHKAM ONLINE MENGENAI SILAT GERAK KILAT :

Dan apabila ditanya mengenai hukum mempelajarinya , maka inilah satu perkara yang agak sukar untuk kami menjawabnya secara detail . Ini disebabkan kami sendiri tidak mempunyai maklumat yang betul-betul jelas mengenai amalan dan kaedah-kaedah yang dipraktikkan oleh PSSGKK .

Seni Pencak Silat dan Seni Bela Diri ini banyak jumlahnya dan jenisnya , samalah seperti organisasi-organisasi tertentu , tareqat-tareqat dan aliran-aliran tertentu .

Oleh kerana ianya sendiri mempunyai berbagai jenis , rupa , gaya dan amalan , maka itulah yang menyebabkan kami sukar untuk memberikan jawapan ( hukum ) mengenainya secara detail . :spamafote

Lainlah jika sudah ada pihak yang lebih berautoriti ( seperti Majlis Fatwa Kebangsaan ) misalnya yang telah pun menfatwakan sesuatu ajaran itu sebagai SALAH , maka ini lebih baik dan sah berbanding dengan pandangan kami di al-Ahkam Online .

Setahu kami , Silat yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanyalah SILAT NASRUL HAQ ( yang pernah menggegarkan Malaysia sekitar hujung tahun 70’an dan awal 80’an ) .

Adapun mengenai AL-MA’UNAH , maka kami sendiri masih belum bertemu dengan sebarang fatwa yang sah yang mengatakan ianya sebagai ajaran yang sesat dan salah . Yang ada hanyalah tindakan Kerajaan Malaysia yang mengharamkan pertubuhan ( organisasi ) Al-Ma’unah drp terus bergerak . ( Sila bezakan di antara pengharaman sbg sebuah organisasi dengan sbg sebuah amalan yang sesat ) .

Mengenai Silat Gerak Kilat ( PSSGKK ) , memang kami pernah juga mendengar ceramah seorang ustaz yang mengatakan bahawa Sohibul Fadhilah Mufti Negara Brunei Darussalam pernah mengharamkan amalan silat ini .

Akan tetapi , kami sendiri masih belum bertemu dengan mana-mana kenyataan yang meyakinkan drp pihak berkuasa ( Fatwa ) Brunei Darussalam yang mengeluarkan kenyataan sebagai dakwaan ustaz tersebut .

Jadi , hanya sekadar dakwaan ustaz yang berceramah itu belumlah cukup untuk kami jadikan sebagai bukti untuk mengatakan bahawa Silat Gerak Kilat adalah bertentangan dengan Islam .

Kami tidak mahu mengeluarkan apa-apa jawapan dan pandangan yang berisi hukum-hakam TANPA ada sebarang gambaran yang jelas terhadap sesuatu perkara . Ini demi mengelakkan bahaya fitnah , bercakap & berfatwa tanpa ilmu dan demi mengelakkan kita menzalimi sesama umat Islam walaupun tanpa tidak sengaja . :non

Oleh itu , kami lebih suka menyarankan kepada saudara dan kepada umat Islam jika mahu belajar apa-apa seni silat @ seni bela diri , belajarlah dahulu . Dan kemudian jika ada apa-apa amalan dan cara yang diragui, bolehlah bertanya kepada kami mengenainya . Jangan bertanya secara umum disebabkan silat itu sendiri sbg mana yg telah kami nyatakan , ianya ada berbagai rupa , gaya dan amalan yang berbeza . [b] Kecualilah silat yang memang telah jelas bertentangan dengan Islam , seperti Nasrul Haq itu , maka jauhilah drpnya ! [/b]

Buat masa ini , kami hanya mampu mengatakan : “ Tidak mengapa saudara/I mempelajari Silat Gerak Kilat SEHINGGALAH ditemui bukti-bukti yang jelas bahawa ia mengajar ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam “ . :deal

Kami harap jika saudara/I ada apa-apa maklumat lain mengenai pandangan Islam ataupun sebarang fatwa berkenaan Silat Gerak Kilat ini , maka bolehlah dinyatakan kepada kami sebagai pandangan susulan / lanjutan .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
09 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
11 / Mei / 2003 M

AHAD – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum