SJ-2494: Air liur

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2494: Air liur

:salam
Satu lagi soalan yang ingin saya tanya. Saya pernah terbaca article menyatakan air liur yang meleleh ketika tidur(air liur basi) adalah najis. Benarkah? Jika benar, perlukah kita membangunkan orang yang sedang tidur jika kita melihat air liurnya meleleh? dan jika kita tersedar dari tidur, perlukah segera membasuh apa-apa yang terkenanya?
Diharap soalan ini tidak keterlaluan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

Re: SJ-2494: Air liur

:wassalam
Jawab:

Ia termasuk hal2 yg didiamkan oleh syara'. Maksudnya ia dalam daerah kema'afan. Hanya madzhab Syafi'iy yg menghalusinya kerana ketelitian madzhab ini dalam urusan najasah. Syafi'iyah menetapkan air liur basi ada dua jenis: airliur basi yg keluar dari usus, yg berbau busuk, berwarna kuning, kerana tidur yg lama..ini najis. Jika airliur basi itu bukan keluar dari usus, maka bukan najis. Fiqh Islami
Sebenarnya air liur basi ini tidak keluar jika kita memberus gigi, menjaga plague, membuat dental floss selalu.

Jawapan kita: tidak perlu mengejutkan seseorang kerana hanya airliur basi. WA