SJ-2563: Membunuh orang Islam (Perang Aceh)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2563: Membunuh orang Islam (Perang Aceh)

Apakah hukumnya tentera Islam Indonesia membunuh orang islam Aceh

Re: SJ-2563: Membunuh orang Islam (Perang Aceh)

Jawab:
Rasanya bukan tentera Islam Indonesia (TNI) membunuh orang Islam Aceh tapi membunuh pasukan militia GAM (Gabungan Aceh Merdeka). Ada dua hukum di sini:
Pertama: TNI membunuh orang awam Acheh
Kedua: TNI membunuh tentera GAM.
Perang yg dilancarkan sekarang ialah antara Tentera Nasional Indonesia pimpinan Presiden yg sah, Megawati Sukarnoputri utk menghancurkan tentera militia GAM.
Jika berlaku massacre terhadap orang awam dgn segaja, maka itu adalah suatu jenayah perang dan dosa besar di sisi Allah SWT kerana semua maklum akan hukum pembunuhan tanpa Hak. Sudah tentu penyiasatan dan tribunal jenayah perang akan dilakukan jika berlaku pembunuhan beramai-rami terhadap orang awam.
Adapun pembunuhan yg berlaku baik di pihak TNI dan GAM: dari segi hukum asal, tentera Indonesia berhak menggunakan kekuatan militer utk menghancurkan pemberontakan (Bughat) dari mana-mana wilayahnya. Ini berlaku di sepanjang sejarah Islam sebaik sahaja perlantikan Abu Bakar, muslim Yaman memberontak, maka Abu Bakar ra menghantar balatentera utk menghancurkannya. begitu juga semasa perlantikan Ali ra, berlaku perang yg besar di Jamal dan Siffin yg menyebabkan kematian yg ramai sekali. kemudian selepas itu Amir Mu'awiyah ra juga banyak menumpahkan darah kerana menumpaskan pemberontakan dari sakibaki penyokong Ali ra. Pembunuhan ini bersifat ijtihadiah dan dikembalikan pada Allah SWT. WA