SJ-2624: bekerja di syarikat yang menawarkan perkhidmatan pe

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2624: bekerja di syarikat yang menawarkan perkhidmatan pe

Assalamualaikum.
Saya ingin tahu apakah hukumnya bekerja di syarikat yang menguruskan pelaburan bagi pelanggan mereka. Pelaburan adalah dalam pasaran Indeks Hong Kong iaitu indeks yang terbentuk hasil gabungan pencapaian beberapa buah syarikat terkemuka dunia. Sekian, terima kasih. Ayu

Re: SJ-2623: bekerja di syarikat yang menawarkan perkhidmata

:wassalam
Jawab:
Versi BSKL dalam pasaran Indeks ialah KLOFFE (Kuala Lumpur Options and Financial Futures Exchange) yg ditubuhkan dibawah akta FIA (Future Industry Act, 1993). Pasaran indeks tidak diluluskan oleh mana-mana Panel Syari'ah baik dalam negara atau luar negara. Maksudnya ia adalah masih berkonsepkan ramalan (spekulasi) dan perjudian yg diharamkan oleh Islam. Ini bermakna kerjaya anda dalam urusniaga Futures amatlah menyulitkan bagi dari segi agama kita. Maka hijrahlah adalah jalan yg sebaiknya
Dalil: " dan sesiapa yg berhijrah pada jalan Allah niscaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat hijrah yg banyak dan rezki yg makmur.." alNisaa': 100 . WaLlahu a'alam